Wednesday, January 12, 2011

Kan aku dah cakap..

Aku akan jadi sangat blur bila orang cakap rindu.. Sebab kau bukan yang aku harapkan untuk ucapkan kata rindu itu..

Dan aku akan jadi taktau nak cakap apa kalau kau kata kau sukakan aku. Maaf aku bukan batu sebab tak respons apa yang kau cakap dan aku juga tak berniat untuk memalukan kau. Kenyataannya memang aku rasa bersyukur sangat bila orang tak benci aku. Tapi dah memang nature yang aku akan jadi keras bila orang bercakap hal perasaan dengan aku sekarang.

Dan aku akan jadi paling kaku taktau nak cakap apa, bila kau cakap kau dah jatuh cinta dengan aku. Aku taktau kenapa.. Tapi bila kau cakap macam tu, seboleh-bolehnya aku akan cuba mengalihkan perbualan kita ke topik lain.

Maafkan aku.. Aku tak berniat untuk menghampakan perasaan kau. Tapi aku trauma. Dan aku takkan paksa kau tunggu aku sebab aku tak pasti bila rasa tu akan hilang.

Pesan aku untuk kau..

Jangan cintai aku kerana paras rupa, kerana kuasa untuk mengekalkan kecantikan tak ada pada aku
Jangan cintai aku kerana harta, kerana aku tak ada apa-apa yang boleh menjamin kau sentiasa ada di hati aku
Tapi cintai aku kerana Allah, yang telah membuka hatiku untuk menerima kau
Dan cintai aku kerana hatiku.. Kerana bila aku jatuh cinta, kau akan sentiasa ada di dalam hatiku..




p/s: Aku dah jatuh cinta gila-gila dengan budak kecik ni. So aku selalu rasa nak cubit-cubit, cium-cium, peluk-peluk dia. Tihihi :))

3 comments:

  1. try wat istikharah ekin. klu die bukan tuk ko, die pegi seniri. klu die mmg tuk ko, insyaAllah hati ko akan terbukak.

    ReplyDelete
  2. baik. saya paham. -back 0ff-

    miahahaha!

    ReplyDelete
  3. Fiexa: InsyaAllah. memang tengah buat pon ni :)
    MNA: cehhh..iyola tuu..

    ReplyDelete