Tuesday, January 18, 2011

Kisah si gadis yang kalut

Haih~ angau malam tadi masih terasa. Membawa ke hari ni senyum sampai ke telinga aku tu. Haha.. kisah bermula di autopay L3 One Utama new wing..

Si gadis sedang kelam kabut mencari autopay tiket.

Gadis: haih~mana tiket aku ni??? Jangan hilang sudah. Kang sia-sia kena bayar rm30. *mengomel dalam hati*

Di sebelah, seorang jejaka elok je memerhati kekalutan si gadis. Tapi si gadis buat taktau je. Dalam hati, "kalau kau nak bayar dulu, bayar jela. Tak payah la tunggu aku." Sedang si gadis terkial-kial mencari tiket dalam handbag yang macam poket doraemon tu, tiba-tiba duit yang dipegang terlepas dari tangan. Dan jejaka di sebelah yang tolong amekkan duit tersebut. Sebaik je si jejaka menyerahkan balik duit tu, tercengang dan terpaku lah si gadis tersebut.

MANA TAK NYA, SI JEJAKA YANG TENGOK AKU KELAM KABUT CARI AUTOPAY TICKET TU IALAH AARON AZIZ!!

Crap!!! Kenapalah aku tak perasan dari awal?? Dah lah si jejaka tersebut tersenyum simpul masa menyerahkan duit tu. Bagai nak gugur jantung ku!! hahaha. Sampai la ni cheq angau..

Disebabkan kesengalan si gadis dan keterpakuan tersebut, terus tak terfikir nak ambil gambar bersama berdua kot. Haih haih. Rugi betul. Dah lah masa tu hanya ada kami berdua je ;p Sepanjang dalam kereta nak ke Rasta lepas tu, memang aku asyik tersengih macam kerang busuk. Masa kat Rasta pun aku asyik teringatkan kejadian manis tersebut. Confirm aku takkan guna duit tu sampai bila-bila!! Bahaha..

Bila diingat balik, agak kelakar la jugak. Mesti si jejaka tu gelakkan aku sebab nampak aku tercengang masa dia bagi duit tu. Ish.. Apedaa.. Tak reti nak control langsung kau ni, cikin. Tapi nasib baiklah pegi tengok wayang dengan pyan dan jiji semalam, even cerita yang kami tengok tu so-so saje. Kalau tak, takde chance lah kejadian tersebut berlaku. Hihihi *senyum lagi*

Dan nasib baik jugak lah dia cuma senyum je, tak cakap apa-apa. Kalau dia cakap, mau aku pengsan kat situ. Hahahampeh lah kau ni, cikin. Ish ish ish. Apa kau merepek ni? Sebelum ni, kau takdelah kisah pun dengan aaron aziz tu. Tiba-tiba lepas bertentang mata malam tadi kau angau pulak. lol.

Lihat lah renungan mata itu *blushing*

;)
Ok fine! Aku kena berhenti angau sekarang sebab dia lelaki orang.. :(
Bye!

4 comments:

  1. perghhhh *melting* tangkap leleh ni :D~

    ReplyDelete
  2. Hahaha.ye ye..dah sudah la ni.dah insaf sebab tengok gambar anak-anak dia..

    ReplyDelete