Friday, January 7, 2011

Seharian aku pening-pening lalat

Dah seminggu batuk aku tak baik-baik. Ni mesti gara-gara terpekik terlalak tengok bola aritu, ditambah pulak aktiviti setiap minggu menyumbangkan lagu. Aku rasa sangat seksa sejak lima hari yang lepas sebab aku kena makan ubat. Hoh. Tulaa.. Banyak sangat buat dosa, kan dah Allah bagi sakit :( MasyaAllah.. Takpe takpe aku terima as a way Allah nak kurangkan dosa aku.

Tapi aku taktau la nape aku ni memang payah sangat makan ubat. Seriously I feel like dying everytime kena makan ubat. 15 minit kot aku amek masa untuk jampi serapah ubat tu dulu sebelum aku masukkan dalam mulut aku T_T

Ditambah pula aku dapat ubat extra 'power' semalam. Gara-gara mengikut Encik Ayahanda dan Puan Bonda buat acupuncture, aku dapat ubat herba yang bau dia memang terus buat aku pening. Baik hati pulak doktor semalam bagi aku ubat tu, padahal tujuan awal nak pegi buat acupuncture je. Dah la siap kena bancuh serbuk tu dengan air suam. Bila serbuk tu kena je air suam, bau dia memang tak boleh blahh.. Sampai tadi masa aku makan minum herba tu kat ofis, staff aku siap gelakkan aku lagi. Pastu perli-perli aku, cakap kalau bersalin nanti makan jamu lagi dasyat dari tu.. Terus buat aku rasa takmo beranak.. x_X

Nampak macam kopi.. tapi bau dan rasanya.. pergh!!

Lalu sebentar tadi aku berjaya menghabiskan paket terakhir ubat tersebut. Berjaya! Tapi macam takde beza pun batuk aku ni. Jangan kata aku kena makan ubat herba tu lagi sok T_T

Aku terpaksa menggunakan perasa tambahan untuk menghilangkan rasa pelik di tekak..yeuw~
p/s: Kepada pharmacist yang cerdik pandai lagi bijaksana, tolonglah reka ubat yang rasa dia macam susu dutch lady strawberry tu.. Terima kasih. Jasa korang memang akan ku kenang :))

No comments:

Post a Comment