Thursday, January 27, 2011

Suku Abad sudah

Dah beberapa ketika sejak aku kali terakhir menulis. Alhamdulillah Allah masih lagi mahu panjangkan nyawa aku :) Nikmat yang paling besar Allah bagi sejak aku keluar dari perut Puan Bonda. Hidup..

Syukur dah 25 tahun Allah berikan aku kehidupan.Sudah 25 tahun juga Puan Bonda dan Encik Ayahanda membesarkan anak gadis yang sorang ini. Aku dah rasa sedikit sebanyak pahit maung kehidupan. Susah senang, dugaan dan macam-macam onak duri. Padahal baru suku abad aku hidup. Kalau orang yang panjang umurnya sampai 100 tahun tu entah macam mana la pulak pengalaman hidupnya. MasyaAllah.. Besar sungguh kurniaan Allah. Entah bila aku mampu ikut segala tuntutanNya tanpa leka. Sedangkan Allah tak pernah leka untuk limpahkan kasih sayang Nya pada aku. Tak terkira jumlah keingkaran aku, tak tercatat segala kecacatan dalam amalan aku, melimpah ruah dosa aku tapi sebagai Ar-Rahman, Dia tetap ada di sisi aku.

Terasa sangat aku ni kerdil di sisi Allah. Sedangkan seharian bekerja menanggung beban pun dah mengeluh, inikan pula nak mendengar rintihan seluruh alam. Tapi Dia tak pernah penat. Dia tak pernah leka. Dia tak pernah alpa. Setiap masa, saat dan ketika, Dia sentiasa mendengar. MasyaAllah..

Dan sebab aku tau Kau Maha Mendengar, aku harap Kau dengar rintihan dan harapan aku. Tak banyak pun yang aku minta. Cuma satu sahaja yang aku harapkan dalam setiap doaku. Semoga doa dan harapan ku selama ini Kau kurniakan. Aku meminta belas kasihanMu. Semoga pada ulang tahun kelahiran ke-25 ini, Kau berikan sedikit khabar gembira buat ku. Kau titipkan keredhaan dalam hatiku. Kau kembalikan kecintaan dalam hati orang yang aku cinta. Kau tiupkan semangat dalam diriku untuk menempuhi kehidupan ini.

Dan dengan itu, Kau akan sentiasa ada dalam hatiku ;)

Notakaki: Dalam masa sejam lagi aku akan meninggalkan usia 24! Terima kasih atas usia 24 yang penuh mendewasakan. Semoga segala pengalaman hidup sepanjang di usia 24 menjadi pengajaran untuk aku menjadi lebih matang :))

Amin, Ya Rabbal Al-amin..

2 comments:

  1. aku igt bday ko bulan 1 tapi x igt date, sorry. happy birthday anyway.
    semoga Tuhan makbulkan segala doa2 ko ye.
    hurm, i think i'm gonna join ur club sooner.

    ReplyDelete
  2. Thanks.it will be in about an hour.tapi aku dah ngantuk. What do you mean by joining my club?club nak membesarkah?hehe

    ReplyDelete