Saturday, January 1, 2011

2011 : Skip the love part :)

2010 sudah berlalu.. Pada tahun 2010, banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku. Pahit, manis, suam-suam suku dan macam-macam lagi. Orang selalu cakap pengalaman tu mendewasakan kita. Aku setuju. Memang apa yang dah terjadi pada 2010 berjaya mendewasakan aku, merubah persepsi aku terhadap kehidupan yang mana selama ni aku beranggapan yang hidup akan sentiasa manis. Namun baru aku sedar, yang langit takkan selalunya cerah.Sekali sekala taufan akan melanda, hujan rintik-rintik akan menjelma.


Kalau ditanya azam aku di tahun 2011 ni, aku hanya mahu melupakan segala kisah luka yang telah terjadi pada tahun 2010. Apa-apa pun tahun 2010 sangat mencabar dalam hidup aku. Buat pertama kali selepas lima tahun, aku kehilangan cinta. Sayang memang sayang sebab sepanjang lima tahun, tak pernah sekali pun aku rasa kekurangan kasih sayang. Dia tak pernah serik untuk membimbing aku. Dia sangat menjaga kehormatan aku. Kami banyak perbezaan, dan perbezaan itu yang melengkapkan hidup kami. Cuma mungkin semua tu tak cukup untuk membahagiakan hidup kami.

Aku tak pernah duga kisah cinta aku akan berakhir macam apa yang telah berlaku. Bukan tak pernah perhubungan kami dilanda badai, tapi mungkin sebab sebelum ni kami masih di alam universiti yang mana apa-apa pun yang berlaku, kami masih berada dalam kelompok yang kecil. Tapi bila dah bekerja, pergaulan makin luas, perkenalan makin tak terbatas, dan pilihan pulak makin banyak. Aku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan apa yang aku miliki, cuma mungkin dia memang bukan milik aku. Dan kesabaran, ada hadnya. Jadi sekuat mana pun aku cuba, dia tetap takkan menjadi milik aku. Aku takkan salahkan dia dan aku takkan salahkan sesiapa. Sebab aku yakin apa yang jadi ada hikmahnya. Kalau Allah tentukan dia milik aku, selambat manapun nanti dia tetap akan menjadi milik aku. Kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat..

Aku selalu ingat kata-kata seorang sahabat: Allah akan duga hambaNya setakat yang mampu ditahan je. Aku lemah dalam hal-hal yang membabitkan perasaan, jadi Allah nak kuatkan aku. Sebab itulah Dia duga hati dan perasaan aku. Pada awalnya memang aku kerap menyalahkan takdir, aku tak boleh nak terima kenyataan atas apa yang Allah dah tentukan pada aku. Lama kelamaan aku sedar, ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan bila Dia tentukan apa yang terjadi.

kun faya kun    :     Jadi, maka jadilah!

Dalam al-quran pun Allah dah terangkan. Terpulanglah sama ada kita nak fahamkan ataupun kita buat-buat tak faham :)

Cuma sejak dua, tiga hari ni aku asyik mimpi yang buruk-buruk tentang si dia yang pernah menjadi kekasih hati aku dulu. Aku tau dia benci sangat aku. Tapi apa-apa pun, aku harap dia sihat walafiat. Aku tau dia takkan maafkan aku, aku cuma berharap agar dia tak benci aku. Tu je..


Selamat tinggal kenangan.. Aku akan selalu mendoakan kebahagiaan kau. Semoga kau bahagia dengan dia yang kau cinta sekarang. Doakan kebahagiaan aku supaya aku berjumpa seorang yang baik untuk dijadikan suami, untuk membimbingku di dunia dan akhirat.

Sebetulnya lima tahun bersama dengan kau, membuatkan aku takut untuk menerima orang lain. Aku takut aku tidak adil kerana membanding-bandingkan dirinya dengan kau, aku takut aku jadi serik untuk mencintai sepenuh hati dan akhirnya aku akan melukakan hati dan perasaannya. 

Walau apapun aku berdoa seikhlas hati supaya aku akan bertemu dengan lelaki yang mampu bersabar sehingga aku benar-benar menerima cintanya, dan akhirnya membuatkan aku melupakan kenangan dengan kau, supaya aku ikhlas menerima dirinya.. :))

Justeru itu, 2011 akan lebih kepada peningkatan saham di akhirat, penumpuan kepada keluarga, kerjaya dan pengumpulan harta. I am skipping the love part. Sape-sape yang nak kawen dengan aku, tunggu setahun lagi ye? Setahun je.. Tak lama pun :D)

6 comments:

  1. haha.. itu tak skip laaaaaa.
    itu bring forward.

    ReplyDelete
  2. For 2011, skip la der.. 2012 la baru aku kawen. ko tak puas hati dengan aku dari aritu lagi kan?cis cis ;p

    ReplyDelete
  3. peh. well said. Ko 5 taun gak ek. serupalah kita. haha

    -encikpundak yang malas nak sign in-

    ReplyDelete
  4. xpe kin, aku pecya ko mmg kuat smgt.
    ayat perenggan terakhir mmg terbaik. hehe..

    ni ade satu video yg aku nk share.
    aku selalu dgr benda ni utk igtkn diri aku. kdgtu aku biar on je sbb music dia best. nanti ko tgklah la video ni k.

    Take care kin.
    ;)

    http://www.mediafire.com/?dezjndc3vd2mj9h#2

    ReplyDelete
  5. thanks :)

    cop2 ni amirul mane ek?aku ade beberapa member nama amirul.huhu

    ReplyDelete