Wednesday, February 2, 2011

Kau sudah ada pelangi, aku ingin jadi matahari

Aku kagum bila mana melihat kau bersama dia.
Betul! Aku kagum sangat.

Aku kagum dengan kasih sayang yang kau curahkan kepada dia.
Aku kagum dengan cinta yang kau berikan kepada dia.
Aku kagum dengan kegigihan kau membesarkan dia seorang diri.

Aku akan tersenyum setiap kali melihat senyumannya disamping kau.
Sungguh indah sekali pertalian itu.
Dia bagai pelangi yang membawa seribu kegembiraan untuk kau.
Dia merupakan sejuta rahmat yang Allah kurniakan untuk kau pada ketika kau diduga beribu ujian.

Lelaki,
Hebatnya kau pada kaca mata aku...
Hebatnya kau bukan kerana kedudukan,paras rupa dan kereta yang kau bawa.
Tapi hebatnya kau pada kaca mata aku adalah kerana kasih sayang dan kecintaan yang kau berikan untuk seorang anak.
Hebatnya kau pada kaca mata aku adalah kerana kasih sayang tulus seorang ayah.
Hebatnya kau pada kaca mata aku adalah kerana kegembiraan yang kau berikan kepada anak lelaki yang seorang itu.

Kalau Allah berikan aku peluang, aku mahu menjadi matahari di sisi pelangi itu.
Kalau kau berikan aku ruang, aku mahu menemani sampai mati.

Aku ingin menjadi matahari.
Aku ingin menerangi kegelapan hati.
Aku ingin menyinari kesuraman yang kau miliki.
Aku ingin menampal luka di hati.
Aku ingin menemani sampai mati.

notakaki: Entri ini untuk seorang daddy. Dia ada seorang anak yang sangat comel. Pada aku, dia sangat mulia disebalik kenakalannya. Cool daddy katanya :">

4 comments:

  1. errr, jadi matahari? mau jadi bonda pada si kecil tu ke?

    ReplyDelete
  2. Ye kot....hehehe aku kenal sapa daddy cool tu...

    ReplyDelete
  3. ck arissta wuz ere;)

    ReplyDelete