Saturday, February 26, 2011

Entri untuk Rerakan

It's been a week since I last updated this blog. Seriously, last week was disaster. Memang sangat penat, sangat banyak kerja, sangat busy dan sangat emo (-__-") Yes! Dah banyak kali aku tak join geng-geng putrajaya lepak-lepak. Sorry guys! Bukan aku tak mau, tapi memang aku tak larat sangat nak ke sana after office hour sekarang ni. Buat pengetahuan kau orang, aku sangat rindukan kau orang. Rindu nak lepak-lepak kat Nas Maju makan roti pisang. Megi goreng dia pon sedap. Isk..

Oh sekarang aku rasa macam sehari 24 jam tu sangat tak cukup. Dan seminggu 7 hari sangat lah laju.. Betul lah dunia ni dah hampir kiamat kan? Sebab aku pernah dengar ustaz bagi ceramah, antara tanda-tanda akhir zaman ialah masa semakin cepat beredar. Itu maknanya matahari makin tua. Nauzubillah.. Minta-minta sempat lah aku beramal lagi. Minta-minta Allah masih bukakan pintu taubat untuk hambaNya..

Alhamdulillah for last week,banyak kerja-kerja yang dah settle. Meaning for next week, tak banyak lah kerja-kerja yang tertunggak. Cuma soal hati je yang aku tunggakkan. Biarlah pending dulu. Marah bebenor beliau dengan aku nampaknya. Biarlah beliau menenangkan perasaan dahulu. Kalau Allah panjangkan jodoh aku, maka adalah.. Aku dah tak sempat nak fikir soal hati lagi sebab kerja yang menekan. Haih~ loser kah aku? Bekerja sampai tak sempat nak memikirkan hal-hal lain. Or is it normal for career woman? Cehh.. Career woman lah sekarang.. *sigh*

Kalau ikutkan hati, andai ditakdirkan aku kawen dengan orang 'senang', aku nak duduk rumah je jaga anak, masak untuk suami, sediakan makan pakai suami.. Cewah~ Lagipun aku nak tengok anak aku membesar depan mata aku. Aku taknak la orang lain yang bela anak aku. Sedih gila weh, kesian anak aku kalau kena dera ke apa. Isk isk isk.. Oi oi! Berangan gadis.. Mentang-mentang dah seminggu ni kau tak sempat fikir pasal diri sendiri +_+

Oh I'm looking forward to meet the putrajaya fellas! Rindu sangat nak hang out dengan kau orang.. Ida,Salimi,Comot,Alan,Pingu,Baji,Pino and more!! I missed a lot of birthday bash, gathering and so on. Rindu nak lepak dengan kau orang sangat-sangat T_T

notakaki: I'm waiting for 9th of March! Wah sangat tak sabar. And hopefully before 9th of March, I'll be able to meet uols >_< Semoga panjang umur ye gadis \o/

3 comments:

  1. wowowow..
    ape ada 9th march ni.. ehem2

    selamat jaga anak2 in the future! =)

    ReplyDelete