Thursday, December 9, 2010

Wahai perempuan!

Astaghfirullahalazim...

Kenapa aku mengeluh tadi.. Allah baru duga sikit je pun nak mengeluh. Tapi semalam betul-betul menduga kesabaran aku. Dah lama aku bersabar, kenapa lah perempuan tu tak faham-faham. Aku tak tau macam mana nak bagitau dia lagi. Sumpah aku takkan memilih apa yang menjadi miliknya.

Wahai perempuan,

Aku bukan perampas hak milik orang. Aku cukup faham macam mana perasaan bila orang yang kau sayang diambil orang. Aku cukup arif. Aku dah rasa lebih dari itu, jadi kau tak perlu risau sebab aku tak mahu kau rasa apa yang pernah aku rasa.

Sakit sangat perasaannya.. Sampai sekarang aku tak boleh lupa perasaan tu. Aku tak sampai hati nak sakitkan hati kau, aku tak sampai hati nak lukakan hati kau sebab kau perempuan sama macam aku. Lagipun aku bukan desperate sangat sampai perlu merampas hak orang lain. Satu je nasihat aku, kalau betul kau sayang. Tunjukkan kasih sayang kau tu. Jangan ego sebab ego tak boleh dibawa ke mana-mana pun. Dan percayalah dengan orang yang kau sayang tu. Aku pernah buat silap dulu bila mana aku jadi serik selepas beberapa kali kepercayaan aku disalahgunakan.

Tapi demi orang yang aku sayang, aku tetap cuba untuk membina balik kepercayaan tu. Cuma mungkin masa dah terlambat. Salah aku sebab membuatkan encik ex-bf kesayangan rasa aku dah tak percaya dia lagi. Tapi takpe, kisah aku tu aku benarkan kau ambil sebagai teladan. Jangan ulangi kesilapan aku dan jangan menyesal di kemudian hari. Aku doakan jodoh kau panjang dengan dia yang kau cinta. Dan jangan ganggu hidup aku lagi, benarkan aku menemui kebahagiaan yang aku cari. Doakan aku..

Terima kasih.

3 comments:

  1. ekin, ko kuat sgt.
    aku doa ko dapat bahagia yang ko nak ye. :)

    ReplyDelete
  2. kenapa masih ex-bf 'kesayangan'? apa kata ko buang 'kesayangan' tu. what past is past you know. Keep moving forward. :D

    ReplyDelete