Tuesday, December 14, 2010

Mereka lebih kuat. Jadi aku ni apa?

Wah busy sungguh aku for the past few days. Mengalahkan orang politik. Eh tak tak. Aku tak minat langsung politik. Cukup lah Encik Ayahanda sahaja yang berkecimpung dalam kepompong politik. Aku tengok pun letih. Pagi petang siang malam asyik bekerja.

Oh by the way, khamis hingga sabtu lepas aku ke Melaka untuk menghadiri Bengkel Pemantapan Pekeliling 3/2008: Pelaksanaan Dasar 1% Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Awam kepada OKU. Masa kat Melaka tu aku mengambil kesempatan untuk pergi ke event Hari OKU Antarabangsa. Kalau korang pergi, mesti korang pun sedih macam aku. Eh yeke korang akan sedih? Entah la, aku tak pasti. Sebab kalau aku, kucing mati kat tengah jalan pun aku jadi macam sayu.lol. Mungkin aku je kot yang simpati lebih. Walau apapun kesempatan aku melawat ke program tu memberi makna yang besar dalam hati aku. Kesempatan tu aku gunakan untuk merenung kembali yang aku ni bertuah sebab dilahirkan sempurna. Allah masih berikan aku peluang untuk bekerja, mencari rezeki, bergelak ketawa dengan kawan-kawan, boleh pergi ke mana-mana saje yang aku suka.

Tak dapat dibayangkan macam mana kalau satu hari nanti Allah tarik balik nikmat yang diberikan kepada aku. Nauzubillah.. Minta dijauhkan benda-benda yang tak elok tu. Tapi mana tau kan? Allah selalunya ada plan yang lagi baik untuk kita. Mungkin dengan adanya kaki, kita pergi ke tempat-tempat tak elok. Jadi Allah tarik balik kaki tu dengan tujuan untuk melindungi kita dari pergi ke tempat-tempat yang tak elok tu. Mungkin dengan adanya suara, kita selalu bercakap benda-benda tak elok jadi Allah bisukan kita, Allah pekakkan telinga kita. Walau apapun yang jadi, aku harap aku akan sentiasa bersangka baik dengan Allah..










Aku kagum dengan orang-orang ini. Hebatnya mereka kerana masih gigih dalam usaha meneruskan hidup. Mereka masih mampu melakarkan senyum ketika aku menghalakan kamera ke arah mereka. Sekarang bandingkan hidup korang dengan mereka dan buatlah kesimpulan sendiri :)

2 comments: