Friday, December 24, 2010

Kami dah besar \o/ \o/


Back in UTP aku ada ramai kawan. Mungkin sebab aku jenis yang tak kisah kawan dengan sape-sape pun. So bila keluar dengan member sorang ni, lepak dengan geng-geng dia. Bila keluar dengan member yang lain, lepak dengan geng-geng dia pulak. So aku ada banyak geng yang berbeza. Geng housemate, geng coursemate, geng study kat IRC aka library, geng berjimba, geng outdoor, geng makan-makan, geng 'itu' dan lain-lain.

Semalam sangat gembira sebab dapat jumpa geng study kat IRC aka 'gossip guys' yang dah lebih kurang 2 bulan tak jumpa. MasyaAllah dah lama tak jumpa kanak-kanak itu. I always like it when I didn't plan the activity and it turned out well! hihihi. Ok initially nak jumpa Encik Engineer PFK je, plan pun nak lepak kat Maju Ahmad je sebab dekat dengan rumah. Nak catch up news sebab sejak Encik Engineer PFK ni dah ada girlfriend, dia dah melupakan BFFs dia. isk isk. Selalu buat aku, Cik Khazanah, Cik Sony dan Encik Petronas Exec tertanya-tanya kehilangan dia..

Tapi aku terkejut beruk bila dia amek aku kat umah naik Ford Fiesta s ok. Oih hebatlah jadi engineer Petronas, baru ade keless.haha. Ok aku jakun gila sebab first time naik. Terus rasa kagum sebab radio dia boleh integrate dengan blackberry. So disebabkan aku macam tak puas naik kereta dia sekejap je, kitorang cancel plan asal and terus decide untuk small gathering which consist of me, Encik Engineer PFK, Encik Petronas Exec, dan juga Encik Hacker Power UTP di Restoran Ali Maju, Sri Rampai Wangsa Maju. Cik Sony kitorang tak sempat ajak sebab rumah dia jauh di Bangi. Kesian pulak malam-malam nak kena datang Wangsa Maju.

Bila dah berjumpa, macam-macam cerita lah keluar. Dari gosip-gosip, update member-member yang dah menamatkan zaman bujang hinggalah ke bab-bab investment. Ok tiba-tiba rasa macam dah besar sangat sebab dah reti cerita pasal investment, politics, current economics situation. hihihi. Tapi bila Encik Engineer PFK cerita pasal gold investment memang tercengang jugak lah aku. woo.. Ditambah pulak dengan cerita FOREX oleh Encik Petronas Exec. Pergh!! kawan-kawan aku sudah maju!! Mereka bukan lagi kanak-kanak hingusan yang selalu merajuk dengan aku sebab tak ajak study kat IRC sama-sama masa study week ;p

Tak sangka cepat je masa berlalu. Dah setahun setengah kami meninggalkan zaman belajar. Alhamdulillah semua kawan-kawan aku masa kat UTP dah berjaya dalam kerjaya. Oh aku tak sempat nak kenalkan kawan-kawan aku lagi. Oh by the way, inilah geng-geng lepak kat IRC :)

Geng Study kat IRC
Syaifique : Engineer Petronas Gas Berhad @ Petronas Fertilizer Kedah (PFK)
Illiyas : Executive @ Petroliam Nasional Berhad
Izzati : Engineer @ Sony EMCS
Aalim : Professional Hacker @ BDO aka part time photographer
Akhirnya kami decide untuk buat gathering sekali lagi ahad ni. Kali ni kami plan untuk hiking kat Broga Hill. So pagi esok pukul 5 kami akan bergerak. Yeay!! Mak aii, sejak dua menjak ni memang setiap hari aku tak berehat. Weekdays kerja, weekend pulak penuh dengan aktiviti-aktiviti sosial dan menyihatkan.lol. Ok malam ni tak sabar nak tengok teater bangsawan. Aku nak support PINGU sebab dia berlakon dalam tu. You go, PENGUIN!!

1 comment:

  1. wow, dalam diam je sapek nih.
    btw, nak ikut gak g broga..

    ReplyDelete