Saturday, November 27, 2010

untuk kawan yang paling kita sayang

Untuk kawan yang paling kita sayang,

     Awak ingat lagi tak macam mana kita kenal awak? Masa mula-mula kita masuk kelas tingkatan 2 Arif, awak duduk dengan Sarah. Masa tu sebelah Murni je kosong, so kita pun duduklah sebelah Murni. Tapi kita boring duduk sebelah Murni sebab dia diam je. So lama-lama kita jadi rapat dengan awak, Sarah dan Ja Yee. Pegi mana-mana pun selalu sama. Sarah yang pengawas tu pun jadi mawas bila dengan kita.hehe.

     Kita paling tak boleh lupa masa awak, Sarah, Ja Yee datang lunch dekat rumah kita lepas sekolah. Kita semua ajar Ja Yee makan pakai tangan, abes berterabur atas meja makan ;p And then masa kita ramai-ramai jalan kaki pegi umah Sarah untuk bake cookies. Penat tu jalan panjat bukit. Tapi rasa berbaloi sebab cookies tu jadi and kita ramai-ramai bawak balik sebalang sorang.

     Tapi bila lepas je PMR, masing-masing dapat masuk asrama. Sarah masuk KUSESS, Ja Yee pindah ke Setiawangsa, tapi nasib baik kita dengan awak sama-sama dapat masuk SEMASHUR. Mula-mula tu rasa suffer gila duduk asrama. Kena bangun pagi sebab malas nak berebut shower, kat kelas pun asyik tertidur je sebab malam-malam tidur lambat hasil dari pillow talk atas katil yang disambung sehingga boleh memuatkan enam orang. Yang mana ahli tetapnya ialah kita, awak, Jannah, Waty, Iem, Awin.

    Geng-geng kita memang dikenali sebab nakal. Yang selalu curi-curi masuk bilik tv tengah-tengah malam untuk tengok dvd, yang main mercun masa study week, yang selalu fly keluar dari asrama time weekend. Hari Jumaat mula lah buat muka kesian kat Ustaz Poji sebab nak mintak tumpangkan ke Stesen Komuter KKB. Ustaz pun layan aje. Hehe. Kantoi dah berapa kali, tapi semua jenis tak paham bahasa. Paling kelakar masa kantoi kat bilik tv tu, dengan Jannah (si ketua aspuri) kantoi sekali. Amek kau esoknya masa morning assembly kena panggil kat dataran. Malu gile weh..  

Untuk kawan yang paling kita sayang,

      Terima kasih sebab awak selalu ajar kita add math. Kita taktau lah tapi memang lembap gila kalau nak paham apa yang cikgu add math tu ajar. Pening kepala tak boleh blah. Nasib baik ada awak. Awak memang pandai, awak sabar je ajar kita add math. Kita selalu kagum dengan awak sebab awak terer add math. Masa stay up malam, selalu kacau awak untuk ajar kita add math. Akhirnya masa results SPM keluar, dapat jugak lah A2 even tak dapat A1 pun. Jadilah kan sebab kita tau kita memang lembap add math -__-" 

      Tapi kita sedih sangat bila lepas SPM, awak pegi Russia untuk buat Medic. Kita kat UTP je. Enam tahun terpisah, jumpa pun setahun sekali je masa awak cuti balik Malaysia. Enam tahun kita rasa macam hilang best friend :( Betul lah orang cakap, kawan terbaik ialah kawan yang kita membesar bersama-sama. Walaupun kita ada ramai kawan, tapi kawan yang paling kita percaya tetap awak. Kawan yang paling kita sayang tetap awak jugak.

     Tahun ni awak balik Malaysia, tiba-tiba awak bagitau kita awak nak kahwin. Lagi lah kita sedih sebab kita ingatkan bila awak balik, kita boleh hangout dengan awak macam dulu. Dulu ibu kita tak kasi kita keluar malam-malam. Tapi kalau dengan awak je, baru ibu kita kasi.

Awak,    
     Kita rindu sangat nak bake cookies dengan awak macam dulu
     Kita rindu sangat nak pillow talk dengan awak malam-malam macam dulu
     Kita rindu sangat nak jalan-jalan window shopping dengan awak macam dulu

     Tapi takpelah. Sebab kita ada sebulan lagi untuk bersama-sama dengan awak sebelum awak jadi isteri orang. Kita happy sebab awak dapat jumpa lelaki yang sangat baik untuk jadi suami awak. Ingat tau, nanti awak tak boleh nangis-nangis lagi macam sekarang kalau penat keje atau bila MO marah awak. Awak kena jaga banyak hati lepas ni, hati awak, hati suami awak dan hati family suami awak. Kita tau awak dah ready punya. So jangan risau-risau ok? Kalau ada apa-apa, awak masih boleh cari kita. Kita akan selalu ada :)

     Masa lunch dengan awak tadi, kita rasa sayu je macam nak nangis. Tapi nasib baik ramai orang kat secret recipe tu. Kalau tak, dah berjurai air mata. Takpe nanti kita teman awak untuk cari barang-barang yang tak cukup lagi..

    Kita sayang awak
    Awak lah sahabat kita di dunia dan akhirat
    Awaklah kawan yang paling kita sayang..


Congratulations Dr Mawaddah binti Abdul Malik. Semoga kehadiran Dr Mohd Hazreen bin Abdul Rashid akan melengkapkan hidup awak di dunia dan akhirat. Ameen :)


No comments:

Post a Comment