Monday, December 27, 2010

:))

It's not easy to fall in love again.. But when I did, I fell for the same guy with my friend.
Knowing that she needed him more, I decided to back off. It might be stupid. But I won't regret it.
I believe that love should be easy if it is yours. Oh by the way, I'm a lover not a fighter. Hihihi

Sunday, December 26, 2010

Hari-hari Bersama Dengan Yang Tersayang :))

Aktiviti hujung minggu sangat manis sebab dipenuhi bersama teman-teman tersayang..hehe.. Tapi aku nk lump sum sekali gus sebab malas nak update banyak-banyak kali. Dan minggu ni jugak sangat special sebab selain karok-ing, ada benda lain yang aku buat. tihihi :))

1) Teater Bangsawan 5 Bersaudara

Selepas menerima bbm dari Encik Musang Artik aka Alan yang mengajak aku tengok teater, terus aku say YES!! Sebabnya aku tak pernah dalam seumur hidup tengok teater. lol. Ok baru aku sedar rupa-rupanya banyak benda lagi yang aku jakun :-o Terima kasih diucapkan kepada Encik Pingu sebab sudi bagi tiket free walaupun tak cukup. Apa pun, kamu memang ANGGUN dan JELITA ye Encik Pingu :D))

One Happy Family at Panggung Bandaraya :D))

Props yang superb

Alan cakap, kami gadis-gadis cantik.hihihi

Alan nampak lost di situ..

on the left: Encik Pingu yang ANGGUN dan JELITA!!

Starfish yang comel!!
Kuda laut yang comel dan tak reti duduk diam :)

Bersama penaja tiket, Encik Pingu
 photos courtesy of John Norafizan, si penulis novel :)

 2) Setahun sekali jadi Patriotik.. Apa ada hal...

Tahniah Harimau Malaya sebab menang 3-0. Disebabkan masa solat maghrib aku doa Malaysia menang 5-0, tapi dapat 3-0 pun jadilah.. Encik Pundak cakap kalau aku doa 7-0, mesti Malaysia menang 5-0. Hampeh betul kau ini!! haha. Apa-apa pun hari ni dah sakit tekak sebab menjerit-jerit semalam. Nak cuti bos tak approve sebab dia bertunang semalam, so dia nak cuti hari ni and suruh aku jaga ofis. Takpe takpe. I kasi you chance la, bos. I bertunang nanti, I nak cuti seminggu. lol.

WE HAD FUN!! Tapi kesian Hafiz and Afnan sebab terpisah dari kami. Itulah.. Sape suruh datang lambat. Kan dah tak dapat nak berjimba bersama-sama kami..

Apa pun, yang menariknya pasal bola ialah bila kita boleh melihat semua rakyat Malaysia bersatu hati. Aku sangat suka keadaan macam tu. Orang yang tak kenal pun tiba-tiba jadi kenal even dalam a few hours. Well, kami ANAK INDON MALAYSIA!!!JADI APA ADA HAL! :D))





Bersama rakyat 1 Malaysia..lol

Ok ni ramai-ramai orang asing. Bila nak snap picture je tiba-tiba ramai serbu >_<
Excited gila OK!!

photos courtesy of Yusro, si perenang handalan :)

Friday, December 24, 2010

Kami dah besar \o/ \o/


Back in UTP aku ada ramai kawan. Mungkin sebab aku jenis yang tak kisah kawan dengan sape-sape pun. So bila keluar dengan member sorang ni, lepak dengan geng-geng dia. Bila keluar dengan member yang lain, lepak dengan geng-geng dia pulak. So aku ada banyak geng yang berbeza. Geng housemate, geng coursemate, geng study kat IRC aka library, geng berjimba, geng outdoor, geng makan-makan, geng 'itu' dan lain-lain.

Semalam sangat gembira sebab dapat jumpa geng study kat IRC aka 'gossip guys' yang dah lebih kurang 2 bulan tak jumpa. MasyaAllah dah lama tak jumpa kanak-kanak itu. I always like it when I didn't plan the activity and it turned out well! hihihi. Ok initially nak jumpa Encik Engineer PFK je, plan pun nak lepak kat Maju Ahmad je sebab dekat dengan rumah. Nak catch up news sebab sejak Encik Engineer PFK ni dah ada girlfriend, dia dah melupakan BFFs dia. isk isk. Selalu buat aku, Cik Khazanah, Cik Sony dan Encik Petronas Exec tertanya-tanya kehilangan dia..

Tapi aku terkejut beruk bila dia amek aku kat umah naik Ford Fiesta s ok. Oih hebatlah jadi engineer Petronas, baru ade keless.haha. Ok aku jakun gila sebab first time naik. Terus rasa kagum sebab radio dia boleh integrate dengan blackberry. So disebabkan aku macam tak puas naik kereta dia sekejap je, kitorang cancel plan asal and terus decide untuk small gathering which consist of me, Encik Engineer PFK, Encik Petronas Exec, dan juga Encik Hacker Power UTP di Restoran Ali Maju, Sri Rampai Wangsa Maju. Cik Sony kitorang tak sempat ajak sebab rumah dia jauh di Bangi. Kesian pulak malam-malam nak kena datang Wangsa Maju.

Bila dah berjumpa, macam-macam cerita lah keluar. Dari gosip-gosip, update member-member yang dah menamatkan zaman bujang hinggalah ke bab-bab investment. Ok tiba-tiba rasa macam dah besar sangat sebab dah reti cerita pasal investment, politics, current economics situation. hihihi. Tapi bila Encik Engineer PFK cerita pasal gold investment memang tercengang jugak lah aku. woo.. Ditambah pulak dengan cerita FOREX oleh Encik Petronas Exec. Pergh!! kawan-kawan aku sudah maju!! Mereka bukan lagi kanak-kanak hingusan yang selalu merajuk dengan aku sebab tak ajak study kat IRC sama-sama masa study week ;p

Tak sangka cepat je masa berlalu. Dah setahun setengah kami meninggalkan zaman belajar. Alhamdulillah semua kawan-kawan aku masa kat UTP dah berjaya dalam kerjaya. Oh aku tak sempat nak kenalkan kawan-kawan aku lagi. Oh by the way, inilah geng-geng lepak kat IRC :)

Geng Study kat IRC
Syaifique : Engineer Petronas Gas Berhad @ Petronas Fertilizer Kedah (PFK)
Illiyas : Executive @ Petroliam Nasional Berhad
Izzati : Engineer @ Sony EMCS
Aalim : Professional Hacker @ BDO aka part time photographer
Akhirnya kami decide untuk buat gathering sekali lagi ahad ni. Kali ni kami plan untuk hiking kat Broga Hill. So pagi esok pukul 5 kami akan bergerak. Yeay!! Mak aii, sejak dua menjak ni memang setiap hari aku tak berehat. Weekdays kerja, weekend pulak penuh dengan aktiviti-aktiviti sosial dan menyihatkan.lol. Ok malam ni tak sabar nak tengok teater bangsawan. Aku nak support PINGU sebab dia berlakon dalam tu. You go, PENGUIN!!

Wednesday, December 22, 2010

Post Merapu



Aku sedang berada di dalam mood ANTI LELAKI KACAK! Siapa yang rasa beliau kacak, sila PERGI MAIN JAUH-JAUH!!

Friday, December 17, 2010

Fun Things on Saturday

Fun things on Saturday 

1) Kereta dah siap!! Yeay \o/
2) Disebabkan semalam ada orang mungkir janji untuk belanja meatball ikea, hari ni sesi terjahan ke ikea akan dilakukan ;)
3) Seterusnya bakal meneruskan operasi menjejaki Hantu Mak Limah Balik ke Rumah. Mari berdoa semoga ada tiket hari ni..

Letse go bebeh!!

Cinta Muda-mudi vs Cinta Sejati

Tadi aku berborak dengan seorang teman pasal dating. haha. Bila dia tanya pasal dating aku hanya mampu gelak je. Teringat zaman dating-dating dulu.. Tapi tu dulu, masa zaman tak matured, zaman belajar, zaman nak dating pun pakai duit scholarship. lol. Bila ditanya sekarang ni, "You balik awal nape?You nak pegi dating ke?" ataupun "Weekend ni you tak pegi dating ke?" Aku akan jawab, "takde maknanya."

Zaman dah berbeza. Kalau dulu boleh la masa bercinta nak berkepit, berjumpa hari-hari. Tapi sekarang memang takde lah. Bila dah kerja ni almost everyday balik lewat. Bila dah seharian bekerja, memang penat la kan. Paling tidak pun lepas habis kerja kalau ada member ajak lepak-lepak makan-makan, mau lah aku join. Tapi make sure sebelum aku sampai rumah. Kalau dah sampai rumah, memang takkan la aku nak keluar balik. huhu. Ye lah selagi tak kawen ni kan, boleh la aku hari-hari nak balik pukul 10 pun. Bila dah kawen nanti, takde lah aku balik malam lagi. Kesian suami tercinta aku kang ;p

So zaman sekarang punya cinta ialah jumpa sekali-sekala, call and sms tak perlu selalu. Yang penting dua-dua pihak saling percaya dan sayang- menyayangi antara satu sama lain. Bila dah dewasa ni (cewah dewasa ke??) perlu lebih professional dan rational la. Bukan macam budak-budak lagi. Masing-masing dah ada tanggungjawab dan komitmen. Tanggungjawab kepada diri sendiri, family, masa depan. Lagipun aku tak mau lah bercinta lama-lama. Penat lah..

Orang kata kalau kita dah jumpa yang memang ditakdirkan untuk kita, kita akan rasa senang je. Takde rasa susah-susah nak tackle ke, takde rasa macam susahnya nak dekat dengan orang tu. Bila kau dah jumpa orang yang memang ditakdirkan untuk kau, kau akan rasa mudah je. InsyaAllah :) So buat kawan-kawan yang pernah frust bercinta (termasuk aku sekali), just go with the flow ok? Semoga kalian akan ditemukan dengan orang yang terbaik di dunia dan akhirat :D))

No one falls in love by choice, it is by chance.
No one stays in love by chance, it is by work.
No one falls out of love by chance, it is by choice.


photo credited to zackzuhairi

Tuesday, December 14, 2010

Mereka lebih kuat. Jadi aku ni apa?

Wah busy sungguh aku for the past few days. Mengalahkan orang politik. Eh tak tak. Aku tak minat langsung politik. Cukup lah Encik Ayahanda sahaja yang berkecimpung dalam kepompong politik. Aku tengok pun letih. Pagi petang siang malam asyik bekerja.

Oh by the way, khamis hingga sabtu lepas aku ke Melaka untuk menghadiri Bengkel Pemantapan Pekeliling 3/2008: Pelaksanaan Dasar 1% Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Awam kepada OKU. Masa kat Melaka tu aku mengambil kesempatan untuk pergi ke event Hari OKU Antarabangsa. Kalau korang pergi, mesti korang pun sedih macam aku. Eh yeke korang akan sedih? Entah la, aku tak pasti. Sebab kalau aku, kucing mati kat tengah jalan pun aku jadi macam sayu.lol. Mungkin aku je kot yang simpati lebih. Walau apapun kesempatan aku melawat ke program tu memberi makna yang besar dalam hati aku. Kesempatan tu aku gunakan untuk merenung kembali yang aku ni bertuah sebab dilahirkan sempurna. Allah masih berikan aku peluang untuk bekerja, mencari rezeki, bergelak ketawa dengan kawan-kawan, boleh pergi ke mana-mana saje yang aku suka.

Tak dapat dibayangkan macam mana kalau satu hari nanti Allah tarik balik nikmat yang diberikan kepada aku. Nauzubillah.. Minta dijauhkan benda-benda yang tak elok tu. Tapi mana tau kan? Allah selalunya ada plan yang lagi baik untuk kita. Mungkin dengan adanya kaki, kita pergi ke tempat-tempat tak elok. Jadi Allah tarik balik kaki tu dengan tujuan untuk melindungi kita dari pergi ke tempat-tempat yang tak elok tu. Mungkin dengan adanya suara, kita selalu bercakap benda-benda tak elok jadi Allah bisukan kita, Allah pekakkan telinga kita. Walau apapun yang jadi, aku harap aku akan sentiasa bersangka baik dengan Allah..










Aku kagum dengan orang-orang ini. Hebatnya mereka kerana masih gigih dalam usaha meneruskan hidup. Mereka masih mampu melakarkan senyum ketika aku menghalakan kamera ke arah mereka. Sekarang bandingkan hidup korang dengan mereka dan buatlah kesimpulan sendiri :)

Thursday, December 9, 2010

Wahai perempuan!

Astaghfirullahalazim...

Kenapa aku mengeluh tadi.. Allah baru duga sikit je pun nak mengeluh. Tapi semalam betul-betul menduga kesabaran aku. Dah lama aku bersabar, kenapa lah perempuan tu tak faham-faham. Aku tak tau macam mana nak bagitau dia lagi. Sumpah aku takkan memilih apa yang menjadi miliknya.

Wahai perempuan,

Aku bukan perampas hak milik orang. Aku cukup faham macam mana perasaan bila orang yang kau sayang diambil orang. Aku cukup arif. Aku dah rasa lebih dari itu, jadi kau tak perlu risau sebab aku tak mahu kau rasa apa yang pernah aku rasa.

Sakit sangat perasaannya.. Sampai sekarang aku tak boleh lupa perasaan tu. Aku tak sampai hati nak sakitkan hati kau, aku tak sampai hati nak lukakan hati kau sebab kau perempuan sama macam aku. Lagipun aku bukan desperate sangat sampai perlu merampas hak orang lain. Satu je nasihat aku, kalau betul kau sayang. Tunjukkan kasih sayang kau tu. Jangan ego sebab ego tak boleh dibawa ke mana-mana pun. Dan percayalah dengan orang yang kau sayang tu. Aku pernah buat silap dulu bila mana aku jadi serik selepas beberapa kali kepercayaan aku disalahgunakan.

Tapi demi orang yang aku sayang, aku tetap cuba untuk membina balik kepercayaan tu. Cuma mungkin masa dah terlambat. Salah aku sebab membuatkan encik ex-bf kesayangan rasa aku dah tak percaya dia lagi. Tapi takpe, kisah aku tu aku benarkan kau ambil sebagai teladan. Jangan ulangi kesilapan aku dan jangan menyesal di kemudian hari. Aku doakan jodoh kau panjang dengan dia yang kau cinta. Dan jangan ganggu hidup aku lagi, benarkan aku menemui kebahagiaan yang aku cari. Doakan aku..

Terima kasih.

Wednesday, December 8, 2010

Cikin si Tukang Kunci

Ada sesuatu yang ingin aku katakan. Tetapi aku super penat malam ni ditambah pulak dengan signal broadband yang macam chipsmore. Terus aku tawar hati nak bercerita. Siang tadi bertimbun-timbun kerja dan petang pulak aku kena ke Kuala Selangor. Habis meeting aku rushing balik ofis semula sebab nak siapkan speech untuk MB. Terima kasih lah Tan Sri sebab last minit bagitau aku kena siapkan speech tu hari ni.

Hasilnya aku jadi orang yang mengunci pintu ofis and dinner pun pukul 10. Mmang gemuk lah aku kalau hari-hari makan lambat macam ni -__-" Nasib baik Husna sudi menemankan aku. Walau sepenat mana pun, aku bersyukur sebab hari ni aku berjaya menghabiskan hari ku dengan tenang. Alhamdulillah, terima kasih sebab Kau sangat bermurah hati dengan aku :)

Ok, perlu tidur sekarang. Esok akan bergerak ke Melaka pula. Sampai kita bertemu lagi. Mungkin aku akan bercerita sekembalinya aku dari Melaka nanti. Doakan aku panjang umur ye? Kalau tak, ini akan jadi post terakhir aku. Bye.

Monday, December 6, 2010

Sempurna


Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
Ku kan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu

*Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua,
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku, lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu,

sempurna....

Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikan kata yang hapus semua sesalku
(*)


I keep on looping this song for hundreds of time. It means deep, it touches my heart and I want to dedicate it to bakal suami tercinta :) 

To whoever you are, at whenever I will be with you, you will be the one whom I will sing this song for. I let Allah finds you for me..

You might be somewhere around me, 
You might be someone who I never met before, 
You might be imperfect but you are the one who completes me,
And I swear, you will be the one who I will love for the rest of my life,
It will be only you :)



Saturday, December 4, 2010

Hatiku luluh lagi T_T

Arini aku tak mampu nak cakap apa-apa. Sedih semalam masih terasa lagi..

Lokasi : Presint 9, Putrajaya
Tarikh: 3 Disember 2010
Masa   : kira-kira jam 6.30 petang






Muka pasrah tak boleh blah -__-"


Dan setibanya di rumah tadi, hati aku hancur setiap kali keluar rumah dan terlihat dia yang diselaputi urat-urat putih.. T_T


T_T
Terpaksa lah mempercepatkan penempahan baby TRD pulak T_T

Thursday, December 2, 2010

I asked Allah, and He gave me my answer.

Some day, some time, someone will come to wipe the tears away
Open your heart, let go the anger, and let the emotions sway
Pray to Allah, so that He won't make you go astray
Alhamdulillah, praise to Allah for making your life thorough and don't turn gray

This was written on Dec,3rd 2010 at 12.30am

One reason I hate to be in forlorn is, my mind will turn around, rotating and creating all this hanky-wanky-poem. I couldn't help it, but to write it so that one day when I die, it will be my masterpiece.

And oh! I want to write my life story as well, so that my grand children will inherit somethings in me, I mean the good thing. And don't be surprise if any of you who is reading this, will be in my story because seriously you play an important part in my life :) 

Wednesday, December 1, 2010

The Heart & Soul

My heart is melting
As the rain is pouring

My mind is floating
As the ground is sinking

oh Allah! Be gentle on me, as You always do..

I need the strength, internally and physically
I am no more in my day dreaming, but in reality
I need the guidance, to continue my life beautifully
so I move forward and I left behind my history..

This was written on Nov,15 2010 at 6.28pm. 

I dedicate this poem to you, who think that you have come to the end of the world. It's not end yet,sayang. Allah knows best. So just don't lose hope on Him as He is the one whom you should count on to :)