Friday, March 4, 2011

Sesi Beramah Mesra dengan Ustaz

Hari ni, pagi-pagi lagi aku telah menadah telinga untuk di'tazkirah'kan. Eh kau orang jangan salah faham. Aku bukan complain tapi Alhamdulillah, aku bersyukur. Memang menarik sebab asalnya just nak breakfast je  sebelum Bengkel Audit Dalam. Dan tahniah juga sebab anda dilantik jadi Ketua Audit Dalam ye,gadis! Ye, yang ni aku agak tak rela sebab secara automatiknya kerja aku akan bertambah :(

Takpela nak buat macam mana. Bos bagi aku kerja extra, maknanya dia trust aku la kann..*duh* Positif gila aku fikir ;p

Berbalik kepada isu tazkirah. Asal aku lepak dengan 'kakak-kakak' atau 'abang-abang' di office or di mana-mana jela, isu jodoh mesti dibangkitkan. Mentang-mentanglah aku ni single, available and hot. Cewah cewah.. Hot tu orang yang cakap. Aku rasa aku cool je..ouch!

So tadi sekali lagi isu jodoh terbangkit. Tapi kali ni special sket, sebab yang membangkitkannya ialah seorang ustaz! Muda lagi ustaz ni, baru 30 tahun and single. So siapa-siapa yang nak tu, boleh aku recommend kan. tihihi. Actually he is the consultant who we hired for Bengkel Audit. And because of his qualification and charismatic, we called him ustaz. Lagipun dia memang selalu dipanggil jadi penceramah dan bagi tazkirah.

Banyak la benda-benda yang dibincangkan masa kitorang breakfast tadi. Yang lain tu off-record sebab aku tak bersedia untuk reveal kat semua orang. tihihi. But the most important thing yang dia nasihatkan, kalau nak cari jodoh, carilah yang sekufu. Seriously before this, aku tak faham maksud sekufu. Selalu dengar orang cakap je. Tapi menurut ustaz, sekufu maksudnya setaraf. Setaraf dari segi taraf pendidikan, latar belakang keluarga, cara hidup, ekonomi dan kewangan.

Ni berdasarkan pengalaman yang dia tengok dan sebagainya. Dia cakap, sedikit sebanyak akan wujudnya masalah kalau tak sekufu ni. And make sure pilihan kita direstui keluarga terutama sekali emak. Jodoh yang tak dapat restu ni 'panas'. Atau dengan kata lainnya banyak dugaan, ada je yang tak kena. And the most important is carilah yang baik akhlak dan suci hatinya. Sebab cantik, hemsem, harta, semua tu takkan kekal. Yang akan kekal sampai mati ialah hati :))

Actually semua yang ustaz cakap tu memang aku rasa semua orang dah tahu dan kalau boleh memang semua orang pun nak ciri-ciri macam tu. Allah dah janji lelaki yang baik akan dijodohkan dengan perempuan yang baik. Tapi yang selalu aku fikirkan, layak ke aku untuk dapatkan yang terbaik sedangkan aku sendiri tak baik??

So kesimpulannya, berusahalah untuk jadi yang baik walaupun bukan yang terbaik. Pada aku, takde orang lain yang boleh mengubah diri kita kalau bukan kita sendiri yang nak mengubahnya. Oh by the way, berusaha tak salah kan  :))

notakaki: Renung-renungkan dan selamat memulakan pencarian.tihihi 
 

3 comments:

  1. terkena. aku da lm gile x dgr tazkirah2 camni.

    ReplyDelete
  2. to be exact, refer footnote-2nd part. haha

    ReplyDelete