Monday, March 7, 2011

Foolscape Paper 4

Aku perlu menulis sebelum esok tiba. 
Kerana aku tak pasti kalau-kalau esok masih ada untuk aku. 
Banyak benda yang mengganggu fikiran aku.
Dan aku tak tau nak keluarkan yang mana satu.
Tapi yang pasti, andai esok masih ada, akan ku luahkan segala yang tersimpan di hati.
Untuk orang-orang yang pernah aku sayang dan masih aku sayang sampai bila-bila.

"I fell in love once and until now, I still love the same person"
                                                                             -analynn-

Friday, March 4, 2011

Sesi Beramah Mesra dengan Ustaz

Hari ni, pagi-pagi lagi aku telah menadah telinga untuk di'tazkirah'kan. Eh kau orang jangan salah faham. Aku bukan complain tapi Alhamdulillah, aku bersyukur. Memang menarik sebab asalnya just nak breakfast je  sebelum Bengkel Audit Dalam. Dan tahniah juga sebab anda dilantik jadi Ketua Audit Dalam ye,gadis! Ye, yang ni aku agak tak rela sebab secara automatiknya kerja aku akan bertambah :(

Takpela nak buat macam mana. Bos bagi aku kerja extra, maknanya dia trust aku la kann..*duh* Positif gila aku fikir ;p

Berbalik kepada isu tazkirah. Asal aku lepak dengan 'kakak-kakak' atau 'abang-abang' di office or di mana-mana jela, isu jodoh mesti dibangkitkan. Mentang-mentanglah aku ni single, available and hot. Cewah cewah.. Hot tu orang yang cakap. Aku rasa aku cool je..ouch!

So tadi sekali lagi isu jodoh terbangkit. Tapi kali ni special sket, sebab yang membangkitkannya ialah seorang ustaz! Muda lagi ustaz ni, baru 30 tahun and single. So siapa-siapa yang nak tu, boleh aku recommend kan. tihihi. Actually he is the consultant who we hired for Bengkel Audit. And because of his qualification and charismatic, we called him ustaz. Lagipun dia memang selalu dipanggil jadi penceramah dan bagi tazkirah.

Banyak la benda-benda yang dibincangkan masa kitorang breakfast tadi. Yang lain tu off-record sebab aku tak bersedia untuk reveal kat semua orang. tihihi. But the most important thing yang dia nasihatkan, kalau nak cari jodoh, carilah yang sekufu. Seriously before this, aku tak faham maksud sekufu. Selalu dengar orang cakap je. Tapi menurut ustaz, sekufu maksudnya setaraf. Setaraf dari segi taraf pendidikan, latar belakang keluarga, cara hidup, ekonomi dan kewangan.

Ni berdasarkan pengalaman yang dia tengok dan sebagainya. Dia cakap, sedikit sebanyak akan wujudnya masalah kalau tak sekufu ni. And make sure pilihan kita direstui keluarga terutama sekali emak. Jodoh yang tak dapat restu ni 'panas'. Atau dengan kata lainnya banyak dugaan, ada je yang tak kena. And the most important is carilah yang baik akhlak dan suci hatinya. Sebab cantik, hemsem, harta, semua tu takkan kekal. Yang akan kekal sampai mati ialah hati :))

Actually semua yang ustaz cakap tu memang aku rasa semua orang dah tahu dan kalau boleh memang semua orang pun nak ciri-ciri macam tu. Allah dah janji lelaki yang baik akan dijodohkan dengan perempuan yang baik. Tapi yang selalu aku fikirkan, layak ke aku untuk dapatkan yang terbaik sedangkan aku sendiri tak baik??

So kesimpulannya, berusahalah untuk jadi yang baik walaupun bukan yang terbaik. Pada aku, takde orang lain yang boleh mengubah diri kita kalau bukan kita sendiri yang nak mengubahnya. Oh by the way, berusaha tak salah kan  :))

notakaki: Renung-renungkan dan selamat memulakan pencarian.tihihi 
 

Thursday, March 3, 2011

Foolscape paper 3

Hot Bubble Bath never fails to pamper me
*senyum sampai telinga*



Monday, February 28, 2011

Foolscape paper 2

At some point you will realize
that you have done too much
for someone or something,
that the only next possible step to do is to stop.
Leave them alone. Walk away.
It's not like you're giving up,
and it's not like you shouldn't try.
It's just that you have to draw the line
of determination from desperation.
What is eventually be yours would eventually be yours,
and what is not, no matter how hard you try,
will never be.

Saturday, February 26, 2011

Entri untuk Rerakan

It's been a week since I last updated this blog. Seriously, last week was disaster. Memang sangat penat, sangat banyak kerja, sangat busy dan sangat emo (-__-") Yes! Dah banyak kali aku tak join geng-geng putrajaya lepak-lepak. Sorry guys! Bukan aku tak mau, tapi memang aku tak larat sangat nak ke sana after office hour sekarang ni. Buat pengetahuan kau orang, aku sangat rindukan kau orang. Rindu nak lepak-lepak kat Nas Maju makan roti pisang. Megi goreng dia pon sedap. Isk..

Oh sekarang aku rasa macam sehari 24 jam tu sangat tak cukup. Dan seminggu 7 hari sangat lah laju.. Betul lah dunia ni dah hampir kiamat kan? Sebab aku pernah dengar ustaz bagi ceramah, antara tanda-tanda akhir zaman ialah masa semakin cepat beredar. Itu maknanya matahari makin tua. Nauzubillah.. Minta-minta sempat lah aku beramal lagi. Minta-minta Allah masih bukakan pintu taubat untuk hambaNya..

Alhamdulillah for last week,banyak kerja-kerja yang dah settle. Meaning for next week, tak banyak lah kerja-kerja yang tertunggak. Cuma soal hati je yang aku tunggakkan. Biarlah pending dulu. Marah bebenor beliau dengan aku nampaknya. Biarlah beliau menenangkan perasaan dahulu. Kalau Allah panjangkan jodoh aku, maka adalah.. Aku dah tak sempat nak fikir soal hati lagi sebab kerja yang menekan. Haih~ loser kah aku? Bekerja sampai tak sempat nak memikirkan hal-hal lain. Or is it normal for career woman? Cehh.. Career woman lah sekarang.. *sigh*

Kalau ikutkan hati, andai ditakdirkan aku kawen dengan orang 'senang', aku nak duduk rumah je jaga anak, masak untuk suami, sediakan makan pakai suami.. Cewah~ Lagipun aku nak tengok anak aku membesar depan mata aku. Aku taknak la orang lain yang bela anak aku. Sedih gila weh, kesian anak aku kalau kena dera ke apa. Isk isk isk.. Oi oi! Berangan gadis.. Mentang-mentang dah seminggu ni kau tak sempat fikir pasal diri sendiri +_+

Oh I'm looking forward to meet the putrajaya fellas! Rindu sangat nak hang out dengan kau orang.. Ida,Salimi,Comot,Alan,Pingu,Baji,Pino and more!! I missed a lot of birthday bash, gathering and so on. Rindu nak lepak dengan kau orang sangat-sangat T_T

notakaki: I'm waiting for 9th of March! Wah sangat tak sabar. And hopefully before 9th of March, I'll be able to meet uols >_< Semoga panjang umur ye gadis \o/

Sunday, February 20, 2011

Foolscape paper 1

Pernah tak kau orang RINDU SANGAT seseorang tapi kau orang takmo orang yang kau orang rindu sangat tu tahu sebab kau orang tak sure sama ada dia rindu kau orang ke tak. Dan sebab kau orang tahu ada orang lain yang lebih sayangkan dia dari kau orang. Dan mungkin dia lebih sayangkan orang tersebut lebih dari kau orang :(



Perasaannya macam rasa nak bleach hati ok? Supaya tak payah rindu orang tu sangat :(



I painted your name in my heart.
Sooner or later, I hope you would read it loudly 
and realized for how bad you are,
the name wouldn't fade.

Sunday, February 13, 2011

HORROR?YES!

Semalam terjadi peristiwa yang sangat horror. Niat di hati nak menenangkan hati sendiri gara-gara tak reti nak memujuk orang merajuk (Encik Cool Daddy, plis jangan merajuk dengan I lagi T_T) In the end, aku pulak yang trauma sendiri. Pagi semalam seronok lah pergi toys'r'us melayan kanak-kanak kat OU. Haha sangat kelakar ok, padahal tak kenal pon budak-budak tu. Tapi bila tengok diorang gelak ketawa, aku pun jadi seronok sekali. Tihihi. There goes one part.

So lepas solat zohor, tiba-tiba rasa nak pegi Sunway Pyramid nak beli buku. Aku pon taktau kenapa nak pegi sangat ke Pyramid tu padahal kat OU siap ada double story MPH lagi. lol. So I just drove there and dah la nak cari parking setengah jam, last-last ambil valet service je. So there, I did my window shopping, cuci mata and layan BR sorang-sorang. Seronok OK makan ice cream sorang-sorang rupanya! Takde orang interrupt cakap nak mintak sikit. lol

Lepas tu, terus lah masuk Popular Bookshop where I spent two hours there reading. Tiba-tiba tengah ralat baca buku tu, datang lah seorang mamat ni duduk depan aku, still buat bodoh lagi. Sampai la dia tegur aku, "May I sit here?" Aku tengok muka macam Indian, tapi kat tangan dia ada buku Hadith-hadith Nabi. Aku jawab la, "Sure." Public area kot,takkan nak halang pulak kan? But actually what I did was wrong. Mamat Pakistan ni dah start ajak berborak pulak. Aku dah cuak gila dah sebab dia ajak aku tengok movie. Terus aku jawab, "Sorry I don't like to watch movie." hahaha. Padahal pantang ada movie baru keluar! And then tak putus asa ajak dinner pulak. Aduyai terus aku seram sejuk menggigil-gigil. Haih taktau nak buat apa. Terus teringat Encik Cool Daddy.

Dalam terketar-ketar tu aku terus bbm Encik Cool Daddy mintak dia call aku sekarang! Once Encik Cool Daddy call je, terus aku bangun rasa nak nangis weh. Terketar-ketar aku cakap sampai Encik Cool Daddy tak faham. So bila dah cerita semua, Encik Cool Daddy cakap, "Go to security now!" Tapi aku tak gerak lagi sebab macam cuak gila. Siap kena marah dengan Encik Cool Daddy lagi semalam suruh terus balik T_T

So aku pun terus keluar cari security and mintak diorang escort bawak pegi kereta. Woh!! serious cuak!! Tak pernah rasa takut macam tu. Haih~ Kenapalah aku selalu jadi mangsa Pak Arab and Pakistan. Dulu masa belajar kat Matriks Melaka pernah jugak sorang mamat Arab belajar kat MMU ni dok kacau-kacau aku. Aku cerita kat Puan Bonda terus Puan Bonda warning, "Kang dia bawak lari ke Arab kang, baru awak tau!Confirm awak tak boleh balik Malaysia dah!"

Bila sampai je rumah semalam terus rasa relieved. Alhamdulilllah takde apa-apa yang buruk jadi. Betul lah cakap Encik Pundak. Sebab tula dalam Al-Quran Allah dah cakap, perempuan kena keluar dengan mahram. Kalau keluar sorang-sorang macam ni la jadinya..

Syukur Alhamdulillah. Encik Cool Daddy cakap, kat Pyramid memang dah selalu jadi kes-kes macam ni. Alaa.. Mana I tau. Kalau tau, takdela jadi kan.. :( and so sorry I kacau your time dengan your son.

To Encik Cool Daddy, I know that you wouldn't read this but if accidentally u did, I wanted to say thank you so much!! I really appreciate it. And I'm sorry about last week. I shouldn't say that to you. I know I hurt you by saying those things. Tapi macam apa yang I cakap lah, I takut. Tu je.. I'm not sure if we can be like before but I really hope for it. I miss the calls, I miss the messages, I miss the hangouts. It hurts to see you suffer; physically and mentally.

I don't know.. But seriously I missed all of them. I know after all you've been through, you still hurt and I know that you are still waiting. But all I wanted is for you to be happpyyyy :D Sometimes we can't get what we want right? Like apa yang I cakap semalam if you want me to stop then I'll stop, only if it makes you happy. Just tell me and I will be glad to do it :)) and I wouldn't ask you much nanti you ingat I budak-budak lagi :(