It's not easy to fall in love again.. But when I did, I fell for the same guy with my friend.
Knowing that she needed him more, I decided to back off. It might be stupid. But I won't regret it.
I believe that love should be easy if it is yours. Oh by the way, I'm a lover not a fighter. Hihihi
Monday, December 27, 2010
Sunday, December 26, 2010
Hari-hari Bersama Dengan Yang Tersayang :))
Aktiviti hujung minggu sangat manis sebab dipenuhi bersama teman-teman tersayang..hehe.. Tapi aku nk lump sum sekali gus sebab malas nak update banyak-banyak kali. Dan minggu ni jugak sangat special sebab selain karok-ing, ada benda lain yang aku buat. tihihi :))
1) Teater Bangsawan 5 Bersaudara
Selepas menerima bbm dari Encik Musang Artik aka Alan yang mengajak aku tengok teater, terus aku say YES!! Sebabnya aku tak pernah dalam seumur hidup tengok teater. lol. Ok baru aku sedar rupa-rupanya banyak benda lagi yang aku jakun :-o Terima kasih diucapkan kepada Encik Pingu sebab sudi bagi tiket free walaupun tak cukup. Apa pun, kamu memang ANGGUN dan JELITA ye Encik Pingu :D))
photos courtesy of John Norafizan, si penulis novel :)
2) Setahun sekali jadi Patriotik.. Apa ada hal...
Tahniah Harimau Malaya sebab menang 3-0. Disebabkan masa solat maghrib aku doa Malaysia menang 5-0, tapi dapat 3-0 pun jadilah.. Encik Pundak cakap kalau aku doa 7-0, mesti Malaysia menang 5-0. Hampeh betul kau ini!! haha. Apa-apa pun hari ni dah sakit tekak sebab menjerit-jerit semalam. Nak cuti bos tak approve sebab dia bertunang semalam, so dia nak cuti hari ni and suruh aku jaga ofis. Takpe takpe. I kasi you chance la, bos. I bertunang nanti, I nak cuti seminggu. lol.
WE HAD FUN!! Tapi kesian Hafiz and Afnan sebab terpisah dari kami. Itulah.. Sape suruh datang lambat. Kan dah tak dapat nak berjimba bersama-sama kami..
Apa pun, yang menariknya pasal bola ialah bila kita boleh melihat semua rakyat Malaysia bersatu hati. Aku sangat suka keadaan macam tu. Orang yang tak kenal pun tiba-tiba jadi kenal even dalam a few hours. Well, kami ANAKINDON MALAYSIA!!!JADI APA ADA HAL! :D))
photos courtesy of Yusro, si perenang handalan :)
1) Teater Bangsawan 5 Bersaudara
Selepas menerima bbm dari Encik Musang Artik aka Alan yang mengajak aku tengok teater, terus aku say YES!! Sebabnya aku tak pernah dalam seumur hidup tengok teater. lol. Ok baru aku sedar rupa-rupanya banyak benda lagi yang aku jakun :-o Terima kasih diucapkan kepada Encik Pingu sebab sudi bagi tiket free walaupun tak cukup. Apa pun, kamu memang ANGGUN dan JELITA ye Encik Pingu :D))
![]() |
| One Happy Family at Panggung Bandaraya :D)) |
![]() |
| Props yang superb |
![]() |
| Alan cakap, kami gadis-gadis cantik.hihihi |
![]() |
| Alan nampak lost di situ.. |
![]() |
| on the left: Encik Pingu yang ANGGUN dan JELITA!! |
![]() |
| Starfish yang comel!! |
![]() |
| Kuda laut yang comel dan tak reti duduk diam :) |
![]() |
| Bersama penaja tiket, Encik Pingu |
2) Setahun sekali jadi Patriotik.. Apa ada hal...
Tahniah Harimau Malaya sebab menang 3-0. Disebabkan masa solat maghrib aku doa Malaysia menang 5-0, tapi dapat 3-0 pun jadilah.. Encik Pundak cakap kalau aku doa 7-0, mesti Malaysia menang 5-0. Hampeh betul kau ini!! haha. Apa-apa pun hari ni dah sakit tekak sebab menjerit-jerit semalam. Nak cuti bos tak approve sebab dia bertunang semalam, so dia nak cuti hari ni and suruh aku jaga ofis. Takpe takpe. I kasi you chance la, bos. I bertunang nanti, I nak cuti seminggu. lol.
WE HAD FUN!! Tapi kesian Hafiz and Afnan sebab terpisah dari kami. Itulah.. Sape suruh datang lambat. Kan dah tak dapat nak berjimba bersama-sama kami..
Apa pun, yang menariknya pasal bola ialah bila kita boleh melihat semua rakyat Malaysia bersatu hati. Aku sangat suka keadaan macam tu. Orang yang tak kenal pun tiba-tiba jadi kenal even dalam a few hours. Well, kami ANAK
![]() |
| Bersama rakyat 1 Malaysia..lol |
![]() |
| Ok ni ramai-ramai orang asing. Bila nak snap picture je tiba-tiba ramai serbu >_< |
![]() |
| Excited gila OK!! |
photos courtesy of Yusro, si perenang handalan :)
Friday, December 24, 2010
Kami dah besar \o/ \o/
Back in UTP aku ada ramai kawan. Mungkin sebab aku jenis yang tak kisah kawan dengan sape-sape pun. So bila keluar dengan member sorang ni, lepak dengan geng-geng dia. Bila keluar dengan member yang lain, lepak dengan geng-geng dia pulak. So aku ada banyak geng yang berbeza. Geng housemate, geng coursemate, geng study kat IRC aka library, geng berjimba, geng outdoor, geng makan-makan, geng 'itu' dan lain-lain.
Semalam sangat gembira sebab dapat jumpa geng study kat IRC aka 'gossip guys' yang dah lebih kurang 2 bulan tak jumpa. MasyaAllah dah lama tak jumpa kanak-kanak itu. I always like it when I didn't plan the activity and it turned out well! hihihi. Ok initially nak jumpa Encik Engineer PFK je, plan pun nak lepak kat Maju Ahmad je sebab dekat dengan rumah. Nak catch up news sebab sejak Encik Engineer PFK ni dah ada girlfriend, dia dah melupakan BFFs dia. isk isk. Selalu buat aku, Cik Khazanah, Cik Sony dan Encik Petronas Exec tertanya-tanya kehilangan dia..
Tapi aku terkejut beruk bila dia amek aku kat umah naik Ford Fiesta s ok. Oih hebatlah jadi engineer Petronas, baru ade keless.haha. Ok aku jakun gila sebab first time naik. Terus rasa kagum sebab radio dia boleh integrate dengan blackberry. So disebabkan aku macam tak puas naik kereta dia sekejap je, kitorang cancel plan asal and terus decide untuk small gathering which consist of me, Encik Engineer PFK, Encik Petronas Exec, dan juga Encik Hacker Power UTP di Restoran Ali Maju, Sri Rampai Wangsa Maju. Cik Sony kitorang tak sempat ajak sebab rumah dia jauh di Bangi. Kesian pulak malam-malam nak kena datang Wangsa Maju.
Bila dah berjumpa, macam-macam cerita lah keluar. Dari gosip-gosip, update member-member yang dah menamatkan zaman bujang hinggalah ke bab-bab investment. Ok tiba-tiba rasa macam dah besar sangat sebab dah reti cerita pasal investment, politics, current economics situation. hihihi. Tapi bila Encik Engineer PFK cerita pasal gold investment memang tercengang jugak lah aku. woo.. Ditambah pulak dengan cerita FOREX oleh Encik Petronas Exec. Pergh!! kawan-kawan aku sudah maju!! Mereka bukan lagi kanak-kanak hingusan yang selalu merajuk dengan aku sebab tak ajak study kat IRC sama-sama masa study week ;p
Tak sangka cepat je masa berlalu. Dah setahun setengah kami meninggalkan zaman belajar. Alhamdulillah semua kawan-kawan aku masa kat UTP dah berjaya dalam kerjaya. Oh aku tak sempat nak kenalkan kawan-kawan aku lagi. Oh by the way, inilah geng-geng lepak kat IRC :)
![]() |
| Geng Study kat IRC |
![]() |
| Syaifique : Engineer Petronas Gas Berhad @ Petronas Fertilizer Kedah (PFK) |
![]() |
| Illiyas : Executive @ Petroliam Nasional Berhad |
![]() |
| Izzati : Engineer @ Sony EMCS |
![]() |
| Aalim : Professional Hacker @ BDO aka part time photographer |
Wednesday, December 22, 2010
Post Merapu
Aku sedang berada di dalam mood ANTI LELAKI KACAK! Siapa yang rasa beliau kacak, sila PERGI MAIN JAUH-JAUH!!
Friday, December 17, 2010
Fun Things on Saturday
Fun things on Saturday
1) Kereta dah siap!! Yeay \o/
2) Disebabkan semalam ada orang mungkir janji untuk belanja meatball ikea, hari ni sesi terjahan ke ikea akan dilakukan ;)
3) Seterusnya bakal meneruskan operasi menjejaki Hantu Mak Limah Balik ke Rumah. Mari berdoa semoga ada tiket hari ni..
Letse go bebeh!!

Cinta Muda-mudi vs Cinta Sejati
Tadi aku berborak dengan seorang teman pasal dating. haha. Bila dia tanya pasal dating aku hanya mampu gelak je. Teringat zaman dating-dating dulu.. Tapi tu dulu, masa zaman tak matured, zaman belajar, zaman nak dating pun pakai duit scholarship. lol. Bila ditanya sekarang ni, "You balik awal nape?You nak pegi dating ke?" ataupun "Weekend ni you tak pegi dating ke?" Aku akan jawab, "takde maknanya."
Zaman dah berbeza. Kalau dulu boleh la masa bercinta nak berkepit, berjumpa hari-hari. Tapi sekarang memang takde lah. Bila dah kerja ni almost everyday balik lewat. Bila dah seharian bekerja, memang penat la kan. Paling tidak pun lepas habis kerja kalau ada member ajak lepak-lepak makan-makan, mau lah aku join. Tapi make sure sebelum aku sampai rumah. Kalau dah sampai rumah, memang takkan la aku nak keluar balik. huhu. Ye lah selagi tak kawen ni kan, boleh la aku hari-hari nak balik pukul 10 pun. Bila dah kawen nanti, takde lah aku balik malam lagi. Kesian suami tercinta aku kang ;p
So zaman sekarang punya cinta ialah jumpa sekali-sekala, call and sms tak perlu selalu. Yang penting dua-dua pihak saling percaya dan sayang- menyayangi antara satu sama lain. Bila dah dewasa ni (cewah dewasa ke??) perlu lebih professional dan rational la. Bukan macam budak-budak lagi. Masing-masing dah ada tanggungjawab dan komitmen. Tanggungjawab kepada diri sendiri, family, masa depan. Lagipun aku tak mau lah bercinta lama-lama. Penat lah..
Orang kata kalau kita dah jumpa yang memang ditakdirkan untuk kita, kita akan rasa senang je. Takde rasa susah-susah nak tackle ke, takde rasa macam susahnya nak dekat dengan orang tu. Bila kau dah jumpa orang yang memang ditakdirkan untuk kau, kau akan rasa mudah je. InsyaAllah :) So buat kawan-kawan yang pernah frust bercinta (termasuk aku sekali), just go with the flow ok? Semoga kalian akan ditemukan dengan orang yang terbaik di dunia dan akhirat :D))

No one falls in love by choice, it is by chance.
No one stays in love by chance, it is by work.
No one falls out of love by chance, it is by choice.

| photo credited to zackzuhairi |
Tuesday, December 14, 2010
Mereka lebih kuat. Jadi aku ni apa?
Wah busy sungguh aku for the past few days. Mengalahkan orang politik. Eh tak tak. Aku tak minat langsung politik. Cukup lah Encik Ayahanda sahaja yang berkecimpung dalam kepompong politik. Aku tengok pun letih. Pagi petang siang malam asyik bekerja.
Oh by the way, khamis hingga sabtu lepas aku ke Melaka untuk menghadiri Bengkel Pemantapan Pekeliling 3/2008: Pelaksanaan Dasar 1% Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Awam kepada OKU. Masa kat Melaka tu aku mengambil kesempatan untuk pergi ke event Hari OKU Antarabangsa. Kalau korang pergi, mesti korang pun sedih macam aku. Eh yeke korang akan sedih? Entah la, aku tak pasti. Sebab kalau aku, kucing mati kat tengah jalan pun aku jadi macam sayu.lol. Mungkin aku je kot yang simpati lebih. Walau apapun kesempatan aku melawat ke program tu memberi makna yang besar dalam hati aku. Kesempatan tu aku gunakan untuk merenung kembali yang aku ni bertuah sebab dilahirkan sempurna. Allah masih berikan aku peluang untuk bekerja, mencari rezeki, bergelak ketawa dengan kawan-kawan, boleh pergi ke mana-mana saje yang aku suka.
Tak dapat dibayangkan macam mana kalau satu hari nanti Allah tarik balik nikmat yang diberikan kepada aku. Nauzubillah.. Minta dijauhkan benda-benda yang tak elok tu. Tapi mana tau kan? Allah selalunya ada plan yang lagi baik untuk kita. Mungkin dengan adanya kaki, kita pergi ke tempat-tempat tak elok. Jadi Allah tarik balik kaki tu dengan tujuan untuk melindungi kita dari pergi ke tempat-tempat yang tak elok tu. Mungkin dengan adanya suara, kita selalu bercakap benda-benda tak elok jadi Allah bisukan kita, Allah pekakkan telinga kita. Walau apapun yang jadi, aku harap aku akan sentiasa bersangka baik dengan Allah..
Aku kagum dengan orang-orang ini. Hebatnya mereka kerana masih gigih dalam usaha meneruskan hidup. Mereka masih mampu melakarkan senyum ketika aku menghalakan kamera ke arah mereka. Sekarang bandingkan hidup korang dengan mereka dan buatlah kesimpulan sendiri :)

Subscribe to:
Comments (Atom)