Sunday, April 3, 2011

Yang terindah

Dah lama aku tak update blog rupanya. Dah sebulan. Dah bersawang dah pun. Hihihi. Lately aku rasa malas sangat nak update blog. Entah lah.. Sejak balik ni, aku rasa kurang kebergantungan dengan social network ni. Tak update Facebook, blog, tweet pun dah jarang-jarang.

Kawan comel: Kenapa takde entry baru dalam blog? Dah takde cerita ke? 
Aku: Banyak sangat cerita dalam otak aku. Sampai aku tak tau nak tulis yang mana satu.

Betul.. Banyak benda yang nak aku khabarkan kepada kau orang. Tapi menulis perlukan passion. Kalau takde passion, cerita tu takkan sampai pada orang yang membacanya. Dan banyak benda-benda menarik yang terjadi pada aku sejak sebulan yang lepas. Dan yang paling menarik ialah pengalaman ke Tanah Suci Mekah dan Kota Madinah. Cuma aku tak rasa aku nak menceritakan tentang itu. Kenapa? Sebab pengalaman tu ialah yang paling manis sekali dalam hidup aku. Takde perkataan dan ayat yang boleh menerangkan pengalaman semanis tu. Takde gambar yang boleh menggambarkan keadaan sebenar di sana. Sebetulnya andai diberi peluang untuk aku menetap di sana, memang aku takkan lepaskan. Terutama sekali Kota Madinah, sebab tenang sangat kota tu :) 

Dan maaf.. Aku tak bagitau ramai orang aku nak pegi umrah aritu sebab takut mengundang riak.

Cuma satu yang aku nak bagitau kau orang. Pemergian aku ke sana memang untuk membawa hati yang lara. Untuk mencari nur kasih yang hilang. Sejak setahun yang lepas hati aku tak pernah tenang. Subhanallah.. Allah tu memang penuh dengan kasih sayang. Terima kasih untuk hari-hari yang mendamaikan sepanjang berada di Kota Suci itu.

Dan sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, aku dah rindu bau Kota Mekah. Aku dah rindu kesejukan dan ketenangan Kota Madinah. Pernah satu ketika, aku rasa hidup aku kosong dan aku tak pasti apa yang aku mahu. Dan ketika itu, aku sangat mahu untuk kembali ke sana. 

Ye.. Aku akan kembali ke sana. Suatu masa nanti.. :)