Saturday, May 21, 2011

Terima kasih Cinta

Haih kesiannya blog ni. Rindu betul aku kepadanya. Cuma aku takde kelapangan lah nak update. Actually update blog ni sama lah macam main golf, kena ada feel.. Kalau takde feel, nak update pun rasa tak best. hihihi. 

Sebulan dah berlalu.. Dan macam-macam pahit manis suka duka yang berlaku. Gembira, sedih, marah, penat dan macam-macam lagi. Tapi semua rencah kehidupan tu dah membuatkan aku lali. Kadang-kadang rasa macam hati aku ni dah immune, dah kebas sampai takde rasa apa-apa. I just go on with the wind. I move on with times. I wouldn't care much about what will happen next. And I started to get tired of planning.

Pernah satu ketika dulu, aku sangat obsess dengan cita-cita, dengan cinta, dengan apa yang akan berlaku dalam hidup aku satu masa nanti. Aku pernah ada impian. Dan impian aku memang tinggi menggunung. As W.Clement Stone said, "Aim for the moon. Even if you miss it, you will still be among the stars."  Oh tapi maaf, aku tak setuju dengan kata-kata tu sekarang. Sebab aku dah rasa macam mana perasaan kecewa bila terlalu mengimpikan yang sempurna. Dan aku dah penat untuk menaruh harapan setinggi gunung. Memang betul Encik Cinta cakap, aku selalu berangan-angan. Sebab angan-angan tu tak perlu dibayar. Dengan berangan-angan, aku boleh rasa apa yang mungkin takkan berlaku langsung dalam hidup aku. Dengan berangan-angan, aku boleh rasa bahagia walaupun bahagia mungkin jauh lagi untuk aku capai. Cuma tak seperti dulu, aku tak peduli lagi andai aku dapat capai apa yang aku angan-angankan tu.

Tapi aku cukup berterima kasih dengan Encik Cinta. Terima kasih kerana membahagiakan hidup aku. Terima kasih kerana membuatkan aku tersenyum dengan ikhlas kembali. Aku sendiri tak pasti sampai bila senyuman itu akan terpamer. Tapi seperti yang aku katakan kepada Encik Cinta, I'm going with the flow. Aku taktau apa akan jadi esok. Mungkin esok kebahagiaan yang sebenar akan hadir dalam diri aku. Mungkin esok sekali lagi aku akan dikecewakan.Sumpah aku takut nak fikir! Jadi aku cuma mahu melalui hari ini dengan tenang. Biarlah aku habiskan hari ini dengan sempurna.

Aku pun taktau sejak bila aku mula sayang kepada Encik Cinta. Tapi aku mahu Encik Cinta tahu, setiap masa aku bersama dengannya aku sangat gembira. Dan setiap kali aku katakan aku rindu, sumpah aku rindu. Kan aku pernah kata, wajah aku memang tak reti nak menipu. Andai kata aku gembira, memang kegembiraan yang terpamer di wajahku. Dan sebaliknya. Memang wajah aku penuh ekspresi. Jadi tak susah nak tahu apa yang ada dalam hati aku :)

Dan aku ingin memohon ampun dan maaf kepada orang-orang yang pernah aku sakiti hatinya. Orang-orang yang pernah aku kecewakan perasaannya. Maaf kerana soal hati tak boleh dipaksa. Maaf kerana aku tak mampu nak memberikan hati aku kepada kalian. Maaf kerana cinta aku bukan pada kalian. Maaf kerana hati aku bukan aku yang pegang. Maaf kerana aku menyerahkan hati aku kepada Allah untuk menentukan siapa yang patut aku sayang. Maaf kerana sekarang aku sudah menyintai seseorang yang mana aku sendiri taktau sampai bila aku akan menyintainya.


Cuma.. Bukan senang untuk tidak menjadi yang pertama. Pengorbanan dan kesabaran paling utama. Tapi andai itu yang Allah takdirkan untuk aku, aku redha. Dan sehingga hari ini, aku berterima kasih kepadaNya sebab memberikan peluang untuk aku tersenyum semula :)

Terima kasih Cinta :)










4 comments:

  1. alang2 nak letak gambar letak la yang clear terang sket. xyah laaa aku pakai torchlight nak skodeng ni. hihi.

    ReplyDelete
  2. Hihihi.memang saje je buat macam tu. silhouette ;p

    ReplyDelete
  3. huhuuuu..pic tu kan..cannot go lahh..dah juling mata den ni..sajo jo kan...

    ReplyDelete
  4. thinks and pray Allah give you the guidance. Igt family, igt mereka, igtlah kebahagiaan runah tnagga yang sudah berada lama menapak. Jangan rosakkan satu perhubungan halal dan sah. Cinta tidak semestinya memiliki. Tiada guna menggunakan alasan cinta, jika merosakkan hubungan halal yang tersedia dibina.

    If u are a good Muslim, do pray that Allah open your heart and leave them happily as it is.

    Allah is the Al-Mighty, remember that.

    ReplyDelete