Tuesday, November 30, 2010

Kalau kau tanya, aku akan kata sakit itu rahmat buat aku

Kalau kau tanya, aku akan kata sakit itu rahmat buat aku.

Aku ingatkan pagi tadi bila aku bangun tidur, mata aku dah bertambah sihat. Memang. Mata aku memang dah bertambah sihat. Alhamdulillah. Tapi tulang-tulang aku pulak rasa sakit-sakit. Sesudah subuh aku terus landing atas katil semula. Oh sakit! Rasa macam nak tercabut segala urat sendi.

Sampaikan deruan hot shower pun aku rasa macam peluru yang menusuk dalam liang-liang kulit. Aku pun tak tau sakit jenis apa itu. Sebab sebelum ni aku tak pernah rasa sakit macam tu. Secepat itu jugak aku terfikir, agaknya macam mana lah rasa orang-orang di Palestin dan Gaza. Tembakan peluru-peluru hidup tu dah macam deruan hot shower yang aku mandi agaknya. Nauzubillah..

Bila badan dah sakit, selera makan pun takde. Bayangkan dari pagi tadi, aku cuma jamah secawan milo dan tujuh suap chicken soup je. Tu pun sesudah dipaksa oleh Puan Bonda. Lapar jangan cakap lah. Tapi selera makan aku memang takde langsung.

Bila dah diduga dengan rasa sakit macam ni, macam--macam aku fikir. Agaknya Allah nak aku rasa macam mana nikmat kelaparan sebab sebelum ni asyik makan dengan kenyang je. Tak pernah nak fikir macam mana orang kat Somalia tu yang hanya makan dua minggu sekali. Agaknya Allah nak aku fikir balik betapa apa yang aku ada selama ni walaupun kadang-kadang aku rasa macam tak cukup, sebenarnya jauh lagi baik daripada apa yang sesetengah orang takde.

Manusia memang selalu take things for granted. Betul kan? Kita tak pernah nak hargai apa yang kita ada sampailah satu masa bila kita hilang benda tu. Sama juga dengan kita tak pernah menghargai orang yang berada di sekeliling kita, orang yang kita sayang. Tapi bila satu hari Allah rampas dia dari kita, baru kita sedar. Sebab tu kadang-kadang aku rasa, aku tak suka pertemuan. Sebab setiap kali pertemuan pasti akan ada perpisahan. Aku benci bila satu masa nanti aku dah jumpa dengan orang yang aku cinta, tapi tiba-tiba satu hari tu, Allah larikan dia dari aku. Mungkin memang Allah dah takdirkan dia bukan untuk aku. Jadi redha lah yang terbaik.

Tapi redha tu bukan lah semudah mengucapkan, semudah mengeja. Sedangkan redha tu menjadi musuh paling besar untuk alim ulama'. Cuba bayangkan alim ulama' yang menghambakan seluruh hidupnya untuk beramal, mendapatkan keredhaan Allah,mengharapkan balasan Firdaus, redha kah dia jika suatu hari Allah putuskan yang dia tak layak dimasukkan di dalam syurga walaupun serendah Syurga Khuldi.

Astaghfirullahalazim..

Lemah lagi iman aku. 
Kecil lagi kesabaran aku.  
Rapuh lagi redha aku. 

Sunday, November 28, 2010

Sakit Mata Bolehlah Dapat MC, Sakit di Hati?

Malam tadi aku sangat sedih, nak tidur pun menangis teresak-esak. Nasib baik semua orang dah tidur. Bukan aku tak cuba untuk bertahan, tapi entah kenapa malam tadi aku kalah jugak. Takpe takpe. Let's not talk about it. Aku dah janji blog baru ni takkan diisi dengan kesedihan lagi. Tapi mampu ke aku? Ni hidup aku. Kehidupan kan penuh dengan perencah suka dan duka.

Sedangkan hidup Nabi dan ahli sufi pun penuh dengan dugaan, lagikan pulak aku yang imannya secubit garam ni,
Sedangkan Rasulullah pun pernah menitiskan air mata, inikan pulak aku yang khilaf ni..

Kawan yang paling kita sayang pernah cakap, Allah akan duga kita dengan bahagian yang paling kita lemah. Kalau kita lemah bab harta kekayaan, Allah akan tarik harta yang kita ada. Kalau kita lemah bab keluarga, Allah akan ambil orang yang kita sayang. Kalau kita lemah bab hati, Allah akan main-mainkan perasaan kita. Tujuannya cuma satu, Allah nak kita kuat, rohani dan jasmani. Kita selalu minta supaya Allah kurniakan kekuatan, tapi percayalah Allah takkan semudah petik jari bagi kita kekuatan. Tetapi Allah akan bagi cabaran dan dugaan supaya kita belajar dan lebih menghargai kekuatan yang pinta tu. Hidup kita ni macam drama, dan pengarah terbaik dalam segala anugerah yang ada kat dunia ni tak kira lah Oscar ke, Anugerah Skrin ke, ialah Allah s.w.t.

Aku kalah dengan hati aku malam tadi, tapi tak bermakna selama-lamanya aku akan kalah. Cuma aku kena lebih kuat dan lebih sabar. Orang selalu cakap, Allah akan bagi ganjaran kepada orang yang sabar. Tapi aku tak pernah harap agar ganjaran tu Allah bagi kepada aku terus, sebab aku takut aku akan mensia-siakan apa yang aku dapat. Cuma satu je aku harap, aku nak Allah bagi kekuatan dan kesabaran kepada aku dan kawan-kawan aku untuk menghadapi hari-hari yang akan datang.

Alhamdulillah dah berjaya muhasabah hati.  Bagi yang baru baca blog aku, ni memang cara aku. Bila aku sedih, aku menulis untuk bagi semangat kepada diri sendiri.

Oh meh aku cerita kenapa aku free sangat tengahari ni sampai sempat blogging lagi ;)

Pagi tadi aku elok-elok dah siap nak pegi keje, tiba-tiba tengok mata merah lagi. So aku decide untuk pegi ke klinik di Seksyen 7. Hajat di hati nak ambil ubat je, tiba-tiba doktor cakap aku kena minor eye infection. Siap dapat MC lagi. Kalau aku tau, aku pegi klinik kat Sungai Buloh je. Punya lah jauh pegi ke Shah Alam last-last tak masuk ofis pun -__-" Tapi aku bukan plan untuk mintak MC pun, kalau plan memang la aku pegi klinik dekat rumah je.

Kesian bos no.2.. Dah la aku dapat MC, bos no.1 pun bercuti panjang. Tapi nak buat macam mana, kalau aku masuk ofis kang ada yang satu ofis kena sakit mata jugak. Tapi ada hikmahnya aku dapat MC arini. Aku sampai je rumah, Puan Bonda mengadu tak sedap badan rasa macam nak demam. Kalau aku takde, memang adik no.4 dan adik no.5 makan Mekdi jela tengahari ni.

Disebabkan aku ada kat rumah, aku lah kena jadi tukang masak untuk arini. Jadilah untuk ahli rumah sendiri makan. Ops!Ahli rumah sebelah tak boleh. Aku suka memasak. Tapi baking paling aku suka. Nanti bila-bila free, aku nak ajak korang datang rumah untuk makan. Yelah dari kecik asyik duduk asrama je, lepas tu masuk universiti. Masa kat UTP memang aku tak pernah masak. Eh penah sekali sebab encik ex-bf suka sangat tomyam udang, so aku masak la tomyam udang. Ye aku tau, aku memang sweet ;p So bila dah bekerja ni kalau ada masa terluang, aku cuba la mengasah bakat yang tak seberapa ni.


Menu: 
Daging masak lemak
Sambal ikan
Sup sayur
Ok dah lapar. Nak makan. Bye.

p/s: Untuk bakal suami tercinta, tolong bagitau saya makanan kegemaran anda ye? Supaya senang saya nak berguru dengan bakal mak mertua. Orang kata kalau nak memikat suami, mulakan dengan memasak masakan kegemarannya. Ok2, tau takde kaitan. Bye.

Saturday, November 27, 2010

Gadis Rambut Emas Panjang Mengurai vs Ahli Sihir Kacak di Bumi Hogwarts


vs
Adik no. 4 = Rapunzel
Adik no. 5 = Rapunzel
Kakak no. 1 = Harry Potter

Kalau mengikut majoriti, confirm la aku kalah. Dua-dua aku nak tengok, tapi untuk arini Harry Potter ftw!! Kalau aku nak menggunakan kuasa veto sebagai kakak no. 1, boleh je kot. Aku yang bayar tiket, belanja makan semua weh. Diorang mengikut je. Tapi aku selalu beralah. Tak baik pulak kan, lagipun aku sayang adik-adik aku. Sebab adik no.4 selalu tolong aku iron baju keje bila aku malas gila nak buat. Kalau hantar dobi kena bayar RM1 sehelai kot. Kalau baju kurung sepasang dah RM2. So takpelah arini kakak comel bawak adik-adik tengok Rapunzel. Lain kali lah nampaknya aku menonton ahli sihir kacak di bumi Hogwarts tu. Harap-harap next week ada lagi lah T_T

Maaflah aku memang suka menonton kartun and cerita-cerita light yang tak memerlukan pemikiran yang mendalam. Penat fikir pasal keje,so tak payah la aku nak membebankan otak dengan fikir movie tu ending dia macam mana. Dulu spongebob squarepant, doraemon every week tak boleh miss. Cuma bila dah keje ni, aku selalu tak mampu nak menonton sebab kebanyakan masa aku balik keje dah malam. So bila ada cerita-cerita yang menyeronokkan ni, memang aku akan tengok lah. Aku tak suka tengok movie yang memerlukan aku berfikir banyak-banyak. Korang cakap la Inception tu best mana pun, memang aku takkan tengok. Baca preview dia pun aku dah pening. Cerita genre macam tu memang tak dapek la den nak layan. Kalau tengok pun sebab jaga hati member yang mengajak je -__-"

Cuba ajak aku tengok cerita Up, Spiderwick Chronicles, Narnia, Harry Potter, Happy Feet, Ice Age confirm aku paling excited. Walaupun Sapek and the gang cakap Spiderwick Chronicles tu tak best. Aku tetap rasa best! Kesimpulannya, aku suka gelak sebab laughter is the best medicine. Logik kan quote tu?

cop cop!tapi aku teringin nak tengok teater Natrah. ada sape-sape yang ada tiket free lebih nak disedekahkan kepada aku tak.kalau ada, jangan malu-malu. aku akan tengok dengan sopan tanpa gelak ketawa :D 

untuk kawan yang paling kita sayang

Untuk kawan yang paling kita sayang,

     Awak ingat lagi tak macam mana kita kenal awak? Masa mula-mula kita masuk kelas tingkatan 2 Arif, awak duduk dengan Sarah. Masa tu sebelah Murni je kosong, so kita pun duduklah sebelah Murni. Tapi kita boring duduk sebelah Murni sebab dia diam je. So lama-lama kita jadi rapat dengan awak, Sarah dan Ja Yee. Pegi mana-mana pun selalu sama. Sarah yang pengawas tu pun jadi mawas bila dengan kita.hehe.

     Kita paling tak boleh lupa masa awak, Sarah, Ja Yee datang lunch dekat rumah kita lepas sekolah. Kita semua ajar Ja Yee makan pakai tangan, abes berterabur atas meja makan ;p And then masa kita ramai-ramai jalan kaki pegi umah Sarah untuk bake cookies. Penat tu jalan panjat bukit. Tapi rasa berbaloi sebab cookies tu jadi and kita ramai-ramai bawak balik sebalang sorang.

     Tapi bila lepas je PMR, masing-masing dapat masuk asrama. Sarah masuk KUSESS, Ja Yee pindah ke Setiawangsa, tapi nasib baik kita dengan awak sama-sama dapat masuk SEMASHUR. Mula-mula tu rasa suffer gila duduk asrama. Kena bangun pagi sebab malas nak berebut shower, kat kelas pun asyik tertidur je sebab malam-malam tidur lambat hasil dari pillow talk atas katil yang disambung sehingga boleh memuatkan enam orang. Yang mana ahli tetapnya ialah kita, awak, Jannah, Waty, Iem, Awin.

    Geng-geng kita memang dikenali sebab nakal. Yang selalu curi-curi masuk bilik tv tengah-tengah malam untuk tengok dvd, yang main mercun masa study week, yang selalu fly keluar dari asrama time weekend. Hari Jumaat mula lah buat muka kesian kat Ustaz Poji sebab nak mintak tumpangkan ke Stesen Komuter KKB. Ustaz pun layan aje. Hehe. Kantoi dah berapa kali, tapi semua jenis tak paham bahasa. Paling kelakar masa kantoi kat bilik tv tu, dengan Jannah (si ketua aspuri) kantoi sekali. Amek kau esoknya masa morning assembly kena panggil kat dataran. Malu gile weh..  

Untuk kawan yang paling kita sayang,

      Terima kasih sebab awak selalu ajar kita add math. Kita taktau lah tapi memang lembap gila kalau nak paham apa yang cikgu add math tu ajar. Pening kepala tak boleh blah. Nasib baik ada awak. Awak memang pandai, awak sabar je ajar kita add math. Kita selalu kagum dengan awak sebab awak terer add math. Masa stay up malam, selalu kacau awak untuk ajar kita add math. Akhirnya masa results SPM keluar, dapat jugak lah A2 even tak dapat A1 pun. Jadilah kan sebab kita tau kita memang lembap add math -__-" 

      Tapi kita sedih sangat bila lepas SPM, awak pegi Russia untuk buat Medic. Kita kat UTP je. Enam tahun terpisah, jumpa pun setahun sekali je masa awak cuti balik Malaysia. Enam tahun kita rasa macam hilang best friend :( Betul lah orang cakap, kawan terbaik ialah kawan yang kita membesar bersama-sama. Walaupun kita ada ramai kawan, tapi kawan yang paling kita percaya tetap awak. Kawan yang paling kita sayang tetap awak jugak.

     Tahun ni awak balik Malaysia, tiba-tiba awak bagitau kita awak nak kahwin. Lagi lah kita sedih sebab kita ingatkan bila awak balik, kita boleh hangout dengan awak macam dulu. Dulu ibu kita tak kasi kita keluar malam-malam. Tapi kalau dengan awak je, baru ibu kita kasi.

Awak,    
     Kita rindu sangat nak bake cookies dengan awak macam dulu
     Kita rindu sangat nak pillow talk dengan awak malam-malam macam dulu
     Kita rindu sangat nak jalan-jalan window shopping dengan awak macam dulu

     Tapi takpelah. Sebab kita ada sebulan lagi untuk bersama-sama dengan awak sebelum awak jadi isteri orang. Kita happy sebab awak dapat jumpa lelaki yang sangat baik untuk jadi suami awak. Ingat tau, nanti awak tak boleh nangis-nangis lagi macam sekarang kalau penat keje atau bila MO marah awak. Awak kena jaga banyak hati lepas ni, hati awak, hati suami awak dan hati family suami awak. Kita tau awak dah ready punya. So jangan risau-risau ok? Kalau ada apa-apa, awak masih boleh cari kita. Kita akan selalu ada :)

     Masa lunch dengan awak tadi, kita rasa sayu je macam nak nangis. Tapi nasib baik ramai orang kat secret recipe tu. Kalau tak, dah berjurai air mata. Takpe nanti kita teman awak untuk cari barang-barang yang tak cukup lagi..

    Kita sayang awak
    Awak lah sahabat kita di dunia dan akhirat
    Awaklah kawan yang paling kita sayang..


Congratulations Dr Mawaddah binti Abdul Malik. Semoga kehadiran Dr Mohd Hazreen bin Abdul Rashid akan melengkapkan hidup awak di dunia dan akhirat. Ameen :)


Thursday, November 25, 2010

kalau nak baca, dipersilakan

ok mari kita mulakan cerita baru..tarik nafas dalam-dalam.

bismillahirrahmanirrahim..

ramai orang pelik kenapa aku buat facebook profile yang baru, buat blog baru, ada hobi baru, pendek kata segala-galanya baru lah. meh aku nak bagi tahu. Kadang-kadang bila Allah turunkan kita dengan dugaan yang kita tak mampu nak tanggung, kita akan mengeluh, menyalahkan Allah. Tapi sebenarnya kita tak tau, Allah ada aturan yang lebih baik lagi untuk kita. Hampir setahun aku berduka, sampai Puan Bonda pun risau dengan perubahan aku. "Maaf Puan Bonda, saya janji tak buat lagi". Tapi apa yang aku nampak, sejak hampir setahun itu jugak lah aku semakin hampir dengan Allah. Mungkin itulah hikmahnya. Allah sayangkan aku, jadi bila aku lalai, Dia ingatkan aku dengan dugaan supaya aku berpatah balik pada Dia :)

Aku delete blog lama sebab banyak sangat cerita duka sejak akhir-akhir ni. Aku tak tau la orang lain, tapi aku akan baca balik apa yang aku tulis berulang-ulang kali walaupun sebenarnya aku memang dah hafal dengan jalan cerita hidup aku sendiri. Dan bila aku baca balik apa yang aku tulis sejak hampir setahun kebelakangan ni, aku jadi sakit hati, sedih. 

Pernah satu ketika aku begitu berdendam dengan encik ex-bf dan family sebab kejam sangat dengan aku. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila aku nak jadi macam tu? Siapa aku untuk menidakkan apa yang Allah dah tentukan? Dia lagi tau apa yang terbaik untuk aku. Jadi kenapa aku nak terus menghukum hati aku sendiri dengan jadi sedih sedangkan banyak lagi benda yang menggembirakan di dunia ni. Ditambah pula dengan sesi diskusi abang-adik dengan Pyan petang semalam pun sangat berkesan nampaknya. Terima kasih Pyan. Akhirnya aku pun buat keputusan untuk memadamkan segala benda-benda yang mendukacitakan dalam hidup aku termasuklah "blog kesayangan saya".

Justeru itu, mari kita mulakan hidup baru. Encik ex-bf kesayangan pun nampaknya dah bahagia dengan wanita pilihan keluarga. Jadi apa tunggu lagi, cikin. Misi memulakan pencarian pasangan hidup baru!! Ops! tak tak. Itu adalah dongengan semata-mata. Aku takmo bercinta lama-lama dah weh. Penat.. Aku nak kahwin umur 26. So ada lagi dua tahun. Tu target jela tapi. Cuma mana la tau, kot kot cepat pulak berjumpa dengan bakal suami kesayangan, cepat lah aku kahwin kot -__-"

Kalau tak, terpaksa la aku minta Puan Bonda kesayangan yang carikan. Tapi Puan Bonda selalu cakap aku comel, ada je orang nak tapi selalu jual mahal. Ok ni bukan masuk bakul angkat sendiri, tapi kenyataan. Tapi aku selalu bagi tau Puan Bonda, aku takdelah comel sangat. Sebab kalau aku comel sangat, takde chance lah nak dapat bakal suami hemsem kacak bergaya. Kan orang selalu cakap kalau isteri cun, suami mesti serabai. Kalau suami kacak bergaya, isteri nya biasa-biasa je. hihihi.

ok bye.




yeay to new blog \o/

i have deleted the old blog.and this is the brand new one.everybody say yeay to the new blog \o/