Thursday, December 16, 2010

Siapa bilang gadis melayu tak menawan???

Tengok bola di Stadium Bukit Jalil dengan memakai baju kurung ialah sesuatu yang RARE..

Walaupun agak pelik sebab memang tak logik lah kan tengok bola pakai baju kurung tapi apa ada hal.. Aku kan memang semangat sikit bab sapot-menyapot ni.. Dan aku suka melihat kerenah-kerenah orang dan lelaki-lelaki yang menjerit macam nak pecah anak tekak masa tengok bola. Bagi aku, masa ni lah mereka menjadi diri mereka sendiri. hihihi.

Tapi yang paling penting ialah CONFIDENCE !! Kalau ko nak masuk stadium pakai baju kurung, ko kena confident dan jangan nak konon-konon macam fikir "alamak mesti orang tengok aku pelik." Dan sebab aku pakai baju kurung semalam lah mamat yang duduk belakang aku mintak no. telefon. Tapi maaf, I don't entertain budak sekolah >_<

Oh by the way, tengok bola pakai baju kurung sangat COOL ok!!

Siapa bilang gadis melayu tak menawan? hihihi


And lastly, kudos to Pyan, Hafiz Pino, Jiji, Apiszkungfu sebab sudi melayan kesengalan aku dan tak malu bawak aku yang berbaju kurung ini. Korang memang paling macho sekali!!

2 comments:

  1. bukan mamat vietnam ke yg mintak no fon ko?kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. Ceh! Takde maknanya ji.. Tp kalo btol,rugi laa.. Mana tau die nak bagi aku tiket kat vietnam 18hb ni free..

    ReplyDelete